Tuesday, February 19, 2008

Orang UTAN vs MONYET

Kalau nak banding2 dua ekor binatang (atau "nate" bahasa org klate), seakan2 sama ja bentuk rupa...tapi saiz ja mungkin berbeza.

Tapi kalau nak banding perangai dua2 ekor binatang di atas, perangainya memang sama ja sebenarnya...tak reti berfikir seperti manusia yang berakal, tak kenal halal haram, tak tau apa itu sekodeng sebab memang tak perlu sekodeng...maklumla masing2 mengamalkan gaya "free style"..hehe. So kalau ada ORANG mahupun MENTERI yang kena sekodeng kerana mengamalkan "free style" seumpama mereka, maka layaklah mereka itu juga digelar OrANG UTAN atau MONYET aka KERA aka BERUK.

Semalam media televisyen terus menerus menyiar komen mengenai gelaran yg diberi Dato' Niz Aziz kepada UMNO sebagai ORANG UTAN... iaitu kumpulan yang tak reti (jahil) agama dan undang-undang.

Semua manusia yang "terasa pedasnya" terus membuat serangan balas, terus menggunakan Agama bagi menyokong hujah mereka, menyatakan Agama menghalang manusia mengutuk antara satu sama lain. (PERCAYA PADA AGAMA RUPANYA)

Tapi apasal nak kecoh?

Anda semua ingat tak dulu si Khairy yg kununnya macam bagus a.k.a poyo itu pernah menggelar semua BLOGGERS sebagai MONYET? Aku pon "terasa" tau!

Tapi ada tak aku pernah balas balik kata KHAIRY tu KHINZIR ke, TAPIR ke, SINGA LAUT ke, PLATIPUS ke? Takde kan....

PAdehal korang ni? Korang kutuk aku dan blogger2 lain MONYET tapi korang dah kena kutuk sikit je dah melenting...

So tak payah la tiba2 je nak guna AGAMA sebagai defence untuk menutup ke"ORANG UTAN"an korang tu... too late. Sepatutnya korang tu lebih layak untuk digelar lebih teruk dari ORANG UTAN! Tapi biasa la... siapa yang makan cili, dia lah yang terkinja2 macam ORANG UTAN.

******

Ok lah...macam biasa kita akan selitkan sedikit GOSIP panazzz menjelang PRU ke-12 ni.

Saya dapat kabar berita dari seorang petugas BN, bahawa ada komplot/pakatan untuk menjatuhkan BN dari dalam semasa PRU nanti. Sumber yang saya dapat ni boleh dikira sebagai kuat, sebab beliau memegang jawatan tinggi dalam parti komponen BN untuk Bahagian, dan pada masa yg sama menjadi pembantu kepada calon BN (yang memegang jawatan tinggi dalam Majlis Tertinggi parti komponen BN) untuk PRU kali ini.

Menurutnya, mereka telah berpakat untuk mengundi PAS bagi kerusi DUN untuk Bahagian tersebut...semuanya gara2 terserlah betapa bengongnya ADUN UMNO sepanjang penggal sebelum ini. Mereka lebih percaya PAS akan lebih bertanggungjawab menjaga DUN berbanding ADUM UMNO yang hanya harap RASUAH dan wang rakyat. So, diorang just akan tumpu pada Parlimen, dan kerusi DUN akan diserahkan kepada PAS.

Waduh2...itu baru satu cerita DUN, belum tau DUN yang lain apa cerita. Tapi memang confirm, PRU kali ini pasti akan MENGEJUTKAN SENARIO POLITIK TANAH AIR!