Tuesday, April 22, 2008

BPR bebas = PM bebas

* BPR distruktur semula.
* Pengambilan 5,000 lagi pegawai pencegahan rasuah.
* Undang-undang yang akan memberi perlindungan komprehensif kepada pemberi
maklumat dan saksi.
* Mengambil tindakan segera memperbaiki proses pemerolehan awam.

Itu adalah "kebebasan" baru yang diumumkan Pak Lah bagi menjadikan BPR sebagai sebuah badan/suruhanjaya bebas bagi membanteras rasuah.

Aku serius tak paham, Pak Lah ni reti ke sebenarnya apa yang dinamakan sebagai sebuah "Suruhanjaya Bebas"; yang maksud sebenar-benarnya ialah bebas dari pengaruh kerajaan dalam erti kata sebenar?

Ini satu lagi kerja Pak Lah yang lebih menampakkan betapa tak retinya si Pak Lah ni sebagai PM (atau saja buat2 tak reti).

Apabila ditanya sejauh mana suruhanjaya itu akan benar-benar bebas dalam melaksanakan tanggungjawabnya, Pak Lah berkata
, ia bebas daripada segi pengambilan kakitangan dan tidak akan bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Heloo...kalau setakat "Bebas" ambil kakitangan/pekerja, itu bukan dinamakan sebuah Suruhanjaya Bebas. Itu namanya bekerja dalam gaya bebas. Itu dah memang standard kerja government = Bebas nak masuk kerja pukul berapa, masuk punch kad pukul 8 lepas tu keluar brekfas sampai pukul 10 pagi, lepas tu lunch pukul 12 masuk balik pukul 2, then pukul 3.30 keluar minum petang, pukul 4.30 dah start kemas2 nak balik. Memang BEBAS! Nak marah kan semua pekerja? Tak payah... bos sendiri lebih malas/lembab! Macam ketam nak ajar anak berjalan straight, padahal dia sendiri jalan senget.

Apa yang lebih membuat aku loya tekak ialah BPR akan masih dibawah pantauan Pak Lah dan Peguam Negara. --> Mana yang bebasnya? Rakyat sekarang nak BPR siasat semua Menteri termasuk dengan PM sekali (especially menantu PM)! So di mana yang dinamakan lebih BEBAS nya? Memang la bebas...Pak Lah dan menantu dia yang bebas. Lepas tu dapat pulak "backing" kuat dari Peguam Negara...suka hati ja tak nak bawa kes ke mahkamah dengan alasan pendakwaan tak cukup kuat. Adui....memang sesak nafas ni. Habis la negara...akan terus menerus ditadbir PM yang tamak haloba dan tak reti.

Wahai Pak Lah...bagus...hang buat lah apa yang nak dibuat...cakap banyak pun tak guna. Bagus jugak hang buat macam ni, next 4 year confirm BN struck off!