Semua dah tau... harga minyak naik 5 sen seliter. kalo tak tahu, nampak sgt bukan dok kat m'sia :)
Baru2 ni ada sembang dgn sorang akak yg keja sbg financial controller di sebuah syarikat. Dia ckp rakyat semua kena lebih bersedia sbb harga minyak akan naik..naik lagi..dan lagi... Pelik jugak la sebab apa dia kata macam tu. Suppose di negara yg mengeluarkan petroleum nya yg sendiri mesti la akan terkawal harga minyaknya.
Memang tak dapat dinafikan harga minyak dunia semakin naik dan negara kita tak terkecuali terkena kesannya. Sebenarnya, negara kita telah menetapkan harga minyak dengan harga yg rendah semasa mula2 memperkenalkan industri ni. Sebab itu, harga minyak kita semakin naik dari semasa ke semasa untuk menyeimbangkan harga minyak kita dengan harga minyak dunia. Berlainan dengan U.S dan negara2 Euro yg lain, mereka memperkenalkan harga minyak dengan amaun yg cukup tinggi...jauh lebih tinggi dari harga minyak semasa dunia. Maka, harga minyak mereka semakin turun dan turun dari semasa ke semasa.
Kalau tak percaya, cuba kita lihat... negara2 barat terkenal dengan pengangkutan awam mereka yg cukup canggih dan selesa. Sebab apa? sebab kebanyakan rakyat mereka menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama kerana harga petrol yg cukup tinggi utk menampung kenderaan mereka. Maka, pengangkutan awam adalah lebih relevan dan ekonomi.
Berbanding dgn negara kita, rakyat lebih selesa menggunakan kenderaan persendirian berbanding kenderaan awam. Bukan setakat kerana kondisi kenderaan awam spt bas, teksi etc yg agak 'hampeh', tetapi krn harga petrol yg agak selesa.
Oleh itu, pihak kerajaan dan pengurusan kenderaan awam kena lebih bersedia dgn keadaan semasa ini. Betul la kita terkesan dgn harga minyak dunia... tp pd ms yg sama kena la menyediakan alternatifnya. Jgn salahkan rakyat jika melenting krn alternatif yg disediakan tak memadai.
Pak Lah Badawi sendiri mengakui harga minyak akan naik lagi selepas ini, dan mengakui k'jaan perlu menyediakan alternatif terbaik utk itu. Maka, antaranya mungkin k'jaan perlu memikirkan b'mana utk upgrade pengangkutan awam di negara kita. Mereka sibuk nak naikkan harga tiket...tapi mcm mana rakyat nak terima kalau kondisi kenderaan awam itu sendiri yg 'tak ketahuan'..dgn panasnya, kerusi berlubang la, kotor, dan ntah pape yg lain lg.
Kalo alternatif yg disediakan bagus, baru la negara kita Cemerlang, Gemilang dan Terbilang... ;)
|