Wednesday, October 13, 2004

MalaPetaka HIgHway...apa kata Mr. SAmy?

PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 302, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung


“Kamu buat cepat itu soal lain, jangan beritahu pihak akhbar kamu buat cepat. “Tiga bulanlah, jika kita boleh siap lebih awal...” tegur Samy Vellu kpd seorang pegawai yg berkata usaha baik pulih highway itu boleh disiapkan lebih awal. (p/s kanot: bagus la tu Mr Samy, ramai org Sg Lalang terkandas takleh balik raya nnt :) )

Laluan hala arah selatan di Kilometer 302 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat dengan Gopeng, terpaksa ditutup selama tiga bulan bagi membaiki galang jambatan yang rosak akibat banjir lumpur malam kelmarin.

Sebelum ni, saya dimaklumkan kawasan yg berhampiran juga pernah berlaku kejadian yg sama. Awal thn ni pon negara digemparkan dgn kejadian tanah runtuh di lebuhraya NKVE berhampiran dgn Sg Buloh.

Bila difikir2kan balik, mesti ada something wrong dgn lebuhraya kita. Bukan sahaja masyhur dgn kejadian tanah runtuh, malah popular dgn kemalangan jalanraya yg tak putus2.

Betul la, semua kejadian kemalangan adalah qada dan qadar Allah SWT...tapi pada masa yg sama kena la cari jln penyelesaian...

Kawan saya ada berseloroh "...mungkin banyak kemalangan ni disebabkan banyak sgt tol, sbb tu highway kita ni takde berkat dari-Nya sbb byk makan duit rakyat. "

Bila sebut bab tol ni, ada junior saya ckp "...takpe la k'jaan buat tol, bukan diorang sj2 buat tol. Tol tu utk tampung belanja buat highway dgn maintenance nya skali. Duit tol tu lg plak nak buat tampung duit gaji pekerja tol tu..."

Hmm...betul jugak kata junior saya tu. Tapi...takkan la duit tol yg dah bertahun2 dikutip tak cukup2 utk tampung duit binaan highway tu. Kalo nak kata bayar maintenance, kenapa tiap2 thn at least ada 1 kes tanah runtuh/mendap kat highway tu. Kalo nak bayar gaji pekerja tol, hapuskan je la tol tu...kan? hmmm...susah2 je..

Kita simpati kpd mangsa dalam kejadian di Gopeng tu... seorang parah dan seorang cedera ringan. Enam kenderaan rosak teruk ditimbus banjir lumpur, bongkah batu dan batang pokok sehingga sebesar satu pemeluk. Doa2 kan lah agar mereka cpt sembuh dan kita dilindungkan oleh-Nya dr sebarang malapetaka.

Saya sambut baik saranan Pak Lah Badawi... kerajaan akan bersifat lebih telus dlm siasat kes2 rasuah walaupun melibatkan menteri. Hmm..apa kata isu highway ni pon disiasat BPR? At least para pemaju dan kontraktor lps ni lebih berhati2 dan tekun buat kerja...bukan lepas tangan je...

p/s: Kepada semua oghang utara... balik raya pakai jln biasa lah jawabnya thn ni... :)