Sunday, March 13, 2005

WaNita, PereMpuaN..... & MenGanDunG

Lagi-lagi citer pasal rights (hak sama-rata).... kali ni kite fokus pada perempuan pulak.

Dulu Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pernah dipinda (setelah didesak oleh Puteri Islam Hadhari) untuk menambahkan perkataan 'wanita' dalam peruntukan tersebut...demi menegakkan hak sama rata sesama kaum, agama dan....JANTINA.



So, kes terbaru yg timbul hasil dpd pertambahan hak wanita ni adalah dalam kes rayuan seorang bekas pramugari MAS; Beatrice Fernandez yang kena pecat sebab hamil. Pelik kan? Tapi pelik tak pelik pon pemecatan dibuat setelah dimaklumkan awal-awal lagi dalam kontrak persetujuan bersama (CA) yg ditandatangani perempuan tu yang mensyaratkan pramugari hamil perlu meletak jawatan atau membolehkan majikannya memecatnya jika enggan berbuat demikian. Hujah pihak perayu (Beatrice) adalah peruntukan dalam kontrak tu bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Ditambah lagi, mana2 pramugari mestilah tak boleh beranak lebih dari 2 orang.

Hmm...apa lagi, bising la NGO2 termasuk Ustazah Islam Hadhari; Sharizat Jalil...... mengatakan hak wanita telah tertindas.

Ok la..sebenarnya memang susah nak komen tentang hal ni. Hak wanita memang dah lama dimartabatkan dalam Islam...so memang betul la kata Ustazah Sharizat tu yg wanita perlu diberi hak seadilnya.


Tapi kalo kita lihat kes pramugari tu, apa yg you all akan decide kalo diberi peluang untuk jadi hakim?
1) Pemecatannya tak sah sebab diskriminasi terhadap wanita.
2) Perlu dipecat sebab tak penah tgk pramugari yg perut buncit.....apatah lagi pamugara yg boroi (kuikuikui).
3) Suaminya yg perlu disaman sebab menyebabkan perempuan tu hamil (wooppsss...)
4) Perempuan tu perlu dipecat, disaman dan diberi amaran kerana mengandung tanpa izin majikan MAS. Dah nak jd pramugari, yg gatal sgt mengandung tu apasal?
5) Pecat diri sendiri sebagai hakim sebab taktau nak bagi hukuman.

Camne? Dah dapat judgement?
Kalo tak pilih no. 1 benda tu dah ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kalo tak pilih no. 2 nanti ramai penumpang MAS lari sebab semua pramugari/a buncit-buncit belaka.
No. 3 plak tu mmg hak suami dia...yg kita ni nak masuk campur apahal.
No 4 mcm bodoh-bodoh alang plak bunyinya.....kalo nak mengandung pon kena minta izin ke? baik takyah kawin...
Emm....no. 5 tu lah ok kot...hihihihi.

Susah kan bila main dengan undang-undang ni? Nak kena amik kira kebajikan society, ekonomi, agama dll. Tapi apa-apa hal sekalipun, kita tetap kena berbalik kepada agama. Rasulullah SAW cukup susah memartabatkan kembali kaum hawa di muka bumi ni, tapi kita senang2 je meruntuhkannya kembali. Daripada menjadi hamba seks, dimartabatkan menjadi sumber utama mendaulatkan generasi masa depan yg cemerlang.

p/s: kepada sapa2 yg ada hati nak jadi pramugari/pramugara, selalu2- lah ke gym supaya perut anda tetap maintain macam kanot..kuikkuikui... ;p