Sunday, September 04, 2005

Merdeka pasca MALAYSIA



Syukur kita kepada Allah.. dengan nikmatnya kita mengecapi kemerdekaan...

Berdetik jam 12 malam bersamaan 31 Ogos 2005, terdengar lah jeritan rakyat Malaysia berbilang bangsa dengan kalimat Merdeka!!...bersama2 dengan percikan bunga api ke udara...

Berdetik jam 12 malam pada waktu yang sama, terdengar pekikan anak2 muda bergomol sesama mereka kerana betapa sukanya menyambut merdeka...

Berdetik jam 12 malam tika itu jua, bersaratlah dalam otak2 anak muda utk 'melahap' pasangan2nya selepas berakhir perayaan hari merdeka itu...kalo ikut hati, di situ jua ingin melahap dan melahapnya, tapi nasib baik ada orang ramai. (aitt...reti pulak malu kat org ramai?)

Bersama2 dgn jeritan merdeka...maka bersemaraklah jiwa, berkobar2lah hati.. utk mempertahankan negara daripada belenggu penjajah dengan mengacukan kondom2 serta jarum2 percuma yang diberi secara percuma oleh negara yang tercinta... dah org bagi, bedal je lah....

Dalam keghairahan meraikan hari merdeka, mereka terlupa adakah mereka sudah merdeka melangsaikan tuntutan pada yg Esa... sbb konsert bermula awal lagi, sebelum isya lagi dah start.. sure ramai dah berkumpul di dataran perayaan awal2 lagi sbb takut tak dapat tgk secara dekat artis2 idola mereka. Apatah lagi Mawi pon ada......sure world!! harharharhar........ ;)

Betapa indahnya negara ku yg merdeka...kan?

............................................................................

Tanggal 1 Januari 2005, semua jenis perayaan tahun baru dibatalkan serta-merta kerana menghormati tragedi tsunami yg berlaku. Perayaan2 itu telah ditukar kepada majlis tajlil dan doa hajat agar dijauhkan dari malapetaka. Ketika itu, sayunya hati..bersyukur rasa hati...kerana negara Islam Hadhari ku ini benar2 Islamik.

Tanggal 31 Ogos 2005, semua jenis perayaan dibenarkan...tak kisahlah konsert ke hape..janji bermatlamatkan menyambut hari merdeka. Laki perempuan bercampur2 dan melalak2 tak kira tempat...punyalah suka dan enjoy sakan. Berpeluk2 dah kira ringan...asalkan niat ikhlas lilLah Taal untuk menyambut merdeka. Ketika itu, sayunya hati...meluatnya hati...kerana negara Islam Hadhari ku benar2 lupa diri. Hanya insaf bila ditimpa bencana, tapi kembali leka selepas baru 9 bulan cuma.

Takkan nak tunggu taufan Katrina berpusing dari New Orlean ke Malaysia baru nak insaf semula? Takkan nak tunggu matahari terbit dari Barat baru nak celik mata? Islam bukan agama bersifat sementara yg hanya diamalkan ketika bencana tiba....tapi bencana itu lah yg mengingatkan kita semula pada ajaran Islam yg selalu sangat kita lupa...