Monday, May 01, 2006

antara TUN dan ABUYA.....?

Belasungkawa......


Takziah diucapkan atas pemergian Tun Ghafar Baba ke rahmatullah...moga2 Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya.

Sepanjang karier Allahyarham dalam era politik, beliau dikenali sebagai seorang yang amat low profile. Ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau dikenali sebagai seorang yang setia kepada ketuanya. Hingga ada yang mengatakan dialah yang akan menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tapi, kita tahu Allahyarham tak sempat nak merasa pon kerusi tu.

Dalam bercerita psl isu dia akan mengganti Tun Mahathir tu, kanot teringat satu pengalaman...berjumpa dgn 'Abuya' Al-Arqam 5 tahun dulu...(wahh..lama tu). Itu pon sebab dibawa oleh salah sorang dpd pengikut Al-Arqam..kire member gitu2 la. Punya la dia beriya sgt nak bawak gi jumpa Abuya dia tu...so kanot dan 3 4 org member lg pon ikut la.

Perjumpaan tu kire mcm lawatan tak rasmi la...di Rawang, tempat Abuya tu ditempatkan oleh pihak berkuasa. Kawasan perumahan yg dia tinggal tu memang dia jg betul2 dgn suasana Islam. Memang terasa la jugak roh Islam di tempat tu...budak2 pon jernih2 je air muka...kire iras2 kanot gak la..muahahah ;p

Dipendekkan cerita, kami pon dibawalah berjumpa dgn Abuya tu dirumahnya. Rupa2nya dia dah takleh ckp...hanya leh dgr suara, tp mulut takleh buka. (kononnya sbb dia dipukul dgn teruk di rahang ketika dlm tahanan...tp kanot tak pasti kesahihan citer kena pukul tu...Wallahua'lam).

So, isteri dia yg translate apa yg Abuya tu ckp.Dlm banyak2 dialog antara kami...ada 1 statement dia yg amat menarik.
Katanya, dia akan menjadi Perdana Menteri tak lama lagi...iaitu selepas Tun Ghafar Baba naik jd PM. Dia betul2 konfiden yg Tun Ghafar Baba akan naik jd PM, dan dia pulak akan menyusul selepas tu. Punyalah dia nak yakinkan kami yang mendengar, sampai dia mintak kami catit masa dan tarikh waktu dia ckp benda tu pd kami.



Belasung.....bakal PM??

Tapi seperti yg kita tau, Tun Ghafar Baba pon dah meninggal...dan kita pon tak pasti bila yang Abuya tu nak menggantikan Tun Ghafar Baba jadi PM tu. Adakah Tun akan kembali dr alam barzakh kemudian baru jd PM?tiba2 muncul kat TV dan berkata..."Hi guyz...I'm your Prime Minister right now!! Pengganti saya pasni ialah Ashaari Muhammad..tungguuu.."-err..macam tu ke? mustahil...hehehe.

So, sama2lah kita tungggu ye.. (^_^)

p/s: kita sama2 mendoakan agar Tun Ghafar Baba dicucuri rahmat oleh-Nya. Moga2 ia menjadi peringatan kpd kita ttg mati...juga peringatan pd mereka2 yg bergelar Tun. peace....... (^_^)