Monday, July 17, 2006

PeranCanGan SanDiWaRa peRaNg Che Det vs Pak Lah TERDEDAH!



Bila Che Det gaduh2 dgn Pak Lah, macam2 reaksi pemerhati di luar.

Kalau org2 UMNO, masa sekarang la diorang punya 'BODEK' sudah tahap 'DEWA'... menyatakan kesanggupan utk hidup dan mati bersama Pak Lah. Kain rentang masing2 tulis "HIDUP PAK LAH"...tapi dalam hati diorang kata "HIDUP PAK LAH UNTUK JAGA PERUT KAMI". Di kain rentang tulis "KAMI SOKONG dan SETIA BERSAMA PAK LAH"...tapi dalam hati kata "KAMI SOKONG dan SETIA BERSAMA PAK LAH SEMENTARA DIA JADI PM AJE. Bila dia pencen mcm Che Det nnt, kami hentam la dia pulak..mcm yg kami buat pd Che Det skg. Maklumla, perut kami kena jaga"..

Bagi PAS pulak, sekarang la dia main peranan. Sama2 join dgn Che Det hentam Pak LAh..apatah lg Che Det pon masih ada pengaruh dgn masyarakat dan beberapa puak dlm UMNO. So, reputasi Pak Lah pun boleh 'down', puak2 dlm UMNO pun boleh pecah belah. Akhbar rasmi PAS "Harakah" sudah beberapa kali tonjolkan isu ini. Hasilnya? PAS sendiri yg dpt kelebihan politik.
Manakala bagi Anwar Ibrahim, Che Det perlu diberi peluang untuk mendedahkan segala penyelewengan dlm kerajaan UMNO. Tapi, Anwar Ibrahim menganggap kedua2 Pak Lah dan Che Det sama saja...kedua2nya berhujah untuk kepentingan perut masing2 saja, bukannya untuk kepentingan rakyat.

Macam mana pula dgn MCA, MIC, GERAKAN, dan lain2 petubuhan bukan MELAYU? Masing2 berdiam diri. Diam lebih bagus. Buat apa nak gaduh2, biar saja org Melayu hentam org Melayu. Tak kire lah sama ada berada dlm BN atau tak, semua berdiam diri. Kalau Pak Lah atau Che Det tumbang, diorang gak yg dpt manfaat..sbb org Melayu sendiri yang berpecah belah. Mereka2 yg kononnya menjadi pemimpin Melayu dlm UMNO, mereka sendiri yg menghentam org2 Melayu. Nampaknya slogan "HIDUP MELAYU" sudah jd "PEGI MAMPOS DGN MELAYU, JANJI PERUT AKU HIDUP".

*****
Berbalik kpd isu peperangan minda antara Pak Lah dan Che Det, ramai yg berpendapat Che Cet memang betul2 nak angin dan bengang dgn Pak Lah. Entry Kanot sblm ni pun ada komen berkenaan janji2 Pak Lah yg dianggap telah dimungkiri.

Walau bagaimanapun, Kanot menganggap peperangan ini juga merupakan sandiwara lapuk UMNO yg memang gemar bersandiwara sblm2 ini.

Kita mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim telah membebaskan bersama2 dengannya isu2 korupsi Che Det sepanjang memerintah kerajaan sblm ini. Apa akibatnya sekiranya isu korupsi Che Det berjaya dibuktikan di mahkamah dan Che Det menerima hukuman mahkamah? Tentunya imej Umno akan terjejas kerana Che Det merupakan 'org kuat' dlm Umno dan ia melambangkan betapa teruknya kepimpinan UMNO...walau siapa pun yg memerintah.
Jadi, kanot ingin melontarkan pandangan dari 3 perspektif;

Perspektif pertama,kemungkinan isu peperangan ini adalah sebahagian daripada perancangan Umno untuk memisahkan identiti Che Det dlm Umno sendiri...kerana kepimpinan Umno sendiri berura-ura ingim memecat Che Det daripada Umno. Maka, walau apa pun keputusan mahkamah selepas daripada ini, Che Det tidak lagi akan dikaitkan dgn Umno...apatah lagi jika Che Det benar2 dipecat daripada Umno.

Perspektif kedua, ia adalah sebagai satu cara untuk membersihkan imej Che Det yg dianggap sebagai Bapa Rasuah dan Korup. Dengan tindakannya mempersoalkan intergriti dan ketelusan Pak Lah, ia seolah2 menunjukkan betapa Che Det terlalu inginkan keadilan dan ketelusan dalam kerajaan. Dan ia seakan2 berjaya apabila PAS sendiri seolah2 terperangkap dgn sandiwara ini apabila PAS bersama2 dgn Che Det menghentam Pak Lah atas isu yg sama. Natijahnya, apakah mungkin PAS akan menghentam Che Det semula sekiranya mahkamah membuktikan Che Det bersalah selepas ini? Adakah mungkin PAS yg sebelum ini bersama2 Che Det dalam menelanjangkan korupsi dlm kerajaan Pak Lah tiba2 akan menghentam Che Det juga dlm isu korupsi? Maka, imej Che Det kemungkinan akan beransur2 bersih dan rakyat akan melupakan segala2 tindakan korupsinya sebelum2 ini...malah rakyat akan melihatnya sebagai 'HERO MELAYU'.

Perspektif ketiga, ia akan menguatkan pengaruh Pak Lah dlm UMNO. Semua sedia maklum, Pak Lah agak 'slow' dan kurang tergas berbanding Che Det. Dgn adanya isu ini, ahli2 UMNO akan benci pd Che Det kerana agak biadap dgn Pak Lah dan ia sedikit sebanyak mengukuhkan pengaruh Pak Lah dlm UMNO. Pak Lah juga dapat menghapuskan bayang2 Che Det dlm kepemimpinanya.
Semua faktor2 di atas tak dpt dinafikan kemungkinannya kerana UMNO memang bijak menipu dan bersandiwara. Mangsanya? Tak lain dan tak bukan org2 Melayu sendiri. Kumpulan2 politik yg lain juga tak mustahil menerima akibatnya jika terpedaya dengan sandiwara mereka ini.
Fikir2kanlah.... (^_^)