Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat MALAYSIA semua kerana anda telah menunaikan amanah dengan saksama pada 8 Mac yang lalu.
Masih belum terlambat juga untuk mengulas fenomena "hangat pungkuq" Pak Lah yang semakin hangat dari biasa...hingga istana Sultan juga ingin dijajahnya.
Pak Lah dan Khairy...dua makhluk yang semakin terserlah tamaknya, macam binatang. Jika sebelum ini DAP dicerca kerana "Miscommunication" dlm isu perlantikan MB Perak, tapi UMNO telah lupa diri bila terkena batang hidung sendiri apabila MB Terengganu yang dilantik istana bukanlah pilihan favourite mereka.
"Oi Sultan, pilih antara dua...mau kasi terengganu ka, mau kena fire?"
"Oi Sultan, pilih antara dua...mau kasi terengganu ka, mau kena fire?"
Wahai UMNO...hampa memang pengkhianat Melayu. Jika Sultan dianggap sebagai payung kepada rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu pun hampa sanggup pijak kepala...apalah nasib orang-orang "Melayu bodoh" yang masih mengharapkan UMNO sebagai payung orang-orang Melayu. Memang bodoh. Patutlah Terengganu parti menang, sebab sama je...diundi oleh orang-orang bodoh yang mengundi Parti Bodoh. Parti yang munafik dan terang-terangan menhina istana pun masih ada yang undi? Alahai...rendahnya IQ pengundi di Terengganu...
Wahai UMNO... apalah yang hampa inginkan sebenarnya? Kalau dah menang tu...redho je la. Macam yang Idris Jusoh cakap..."saya Redho". Jadi, sesiapa pun yang dilantik jadi MB di kalangan Adun UMNO, seharusnya redho je la. Bukan jadi "BEDO"(Bengong+Bodoh). Istana bukannya suka hati tetiba je lantik pembangkang jadi MB...itu barulah jadi carca merba. Ini tidak...Adun UMNO juga yang dilantik. So apa masalahnya?
Masalahnya?...ooo...mungkin ada masalah yang kita tak tahu. Mungkin gabungan dua Power Rangers iaitu Pak Lah+Khairy ada "rahsia tersembunyi" di sebalik Masjid Kristal yang tersergam indah. Ala...apa nak hairan...dua ketua penyamun harta rakyat bergabung di negeri yang kaya dengan sumber petroleum, mestilah ada "habuan" yang masih belum puas nak diratah di Terengganu iteww.
Ironinya? Selangor...negeri yang dikatakan terkaya di Malaysia telah dirampas oleh rakyat yang cerdik semasa mengundi. Maka, satu sumber rezeki perut UMNO telah hilang...adakah mereka sanggup hilang satu lagi sumber rezeki anak menantu mereka iaitu Terengganu?
DAULAT TUANKU!! Sultan Terengganu memang cerdik dan tak sanggup lagi melihat rakyat jelatanya terseksa di sebalik kebodohan mereka dalam mengundi. Biarlah masih ramai rakyat yang bodoh...tapi Sultan tidak sanggup mereka terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang BEDO(Bengong+Bedo).
Bangunlah wahai rakyat! Sampai bila anda mahu melihat Sultan kesayangan anda terus dipijak? Di mana maruah anda dalam membela maruah istana? Atau anda masih ingin terus diperbodohkan dengan melihat kekayaan Negeri anda ditelan oleh Penyu-penyu UMNO?
Anyway, Ikut suka hati korang lah...itu negeri korang...Aiman tak kesah... (^_^)
|