Monday, May 26, 2008

Batu Hitam Putih



Pada suatu hari, satu pasangan suami isteri yang mempunyai anak seramai 14 orang menerima kelahiran seorang lagi cahaya mata...tapi ditakdirkan anak ini tak secantik anak2 yg lain...yg menyebabkan mereka frust dan buat tak ambil peduli pada anak ini.

Mereka ini mmg lupa diri...anak ini dibiar begitu sahaja dan harap pengasuh rumah yang jaga. Mereka langsung tak amik peduli dengan anak ini...punyalah zalim. Maklumlah...anak ada seramai 14 org, cantik2 plak tu, tapi anak kecil itew tak se'gah' macam anak2 lain. Lantas terus tidak dipedulikan.

Sikap mereka ini disedari oleh jiran mereka yg berbangsa asing...yg prihatin dan kesian dgn anak kecil itew. Lantas, mereka mengambil anak itew sebagai anak angkat dengan penuh kesyukuran...kerana mereka juga bukanlah dari keluarga yang berada, anak tunggal pon baru saja mati. Biarlah diambil anak ini dan ditatang sebaik2nya...

Tahun demi tahun, anak itew ditatang bak minyak yg penuh. Pakai, makan minum, pelajaran dan semuanya diberikan dengan penuh kasih sayang...hinggalah anak itew berjaya dan mempunyai pekerjaan yang besar...bini pon besarrrr

Pada suatu hari, tiba2 ibu bapa kandung si anak itew muncul dan mengaku mereka adalah ibu bapa sebenar kepada anak itew... jeng jeng jengggg

Anak itew terpinga-pinga...setelah berpuluh tahun membesar dengan jayanya dengan keluarganya sekarang ini, tiba2 dtg org tua yang sesedap oren mengaku ibu bapa kepadanya.

Nak dijadikan cerita, si ibu bapa kandung itew siap bawak "evidence" DNA, gambar possing mereka ketika sambut si anak itew dari perut, dan juga pengakuan si doktor penyambut itew yang mengesahkan si anak itew adalah anak kandung kepada kedua org tua tadi.

Kesian si anak itew...terpinga2 dirinya...apa yg perloo di buat? Si ibu bapa kandung ini dgn eksyen nya membawa isu ini ke Mahkamah...demi menuntut hak mereka!

Si Ibu bapa kandung mengupah satu Peguam yang kononnya bijak untuk menegakkan benang ini. Walaupun mengaku peguam tu bijak, mereka masih melantik satu lagi delegasi dari Belanda untuk membantu berhujah...konon nak tunjuk power sbb guna bantuan dari negara asing.

Si keluarga angkat ini pullok, hanya gunakan Peguam tempatan...maklumlah, percaya dengan kelebihan dan kehebatan org tempatan!

Setelah trial 2 3 round dan secukup rasa, Mahkamah dgn macho nya memutuskan si anak itew menjadi milik si keluarga angkat kerana keluarga kandungnya tidak buat apa2 dan usaha untuk menunjukkan mereka ada "connection" dan ada hak ke atas anak itew...padan muko. Budak tu dah besar panjang, berjaya, ada kereta besor, ada bini besor...baru kelam kabut nak mengaku tu anak....apadehal?

Itulah kisahnya...

Si ibu bapa kandung pon bersedeyy...kerana mengenang kebodohan diri dan kealpaan diri...apatah lagi Peguam yang dikatakan bijak itew rupa2nya luaran je nampak bijak dan cakap bessor...rupa2nya HAMPEH!

Petunjuk:-
Ibu bapa kandung : UMNO
Keluarga angkat : Singapore
Mahkamah : ICJ
Peguam konon bijak : Peguam Negara
Anak iteww : Batu Puteh