Wednesday, June 04, 2008

BAPA KEB****AN umum HARGA minyak NAIK LAGI

Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang juga dikenali sebagai BAPA KEB****AN oleh rakan aku, seperti biasa tanpa rasa bersalah mengumumkan harga minyak naik lagi petang tadi.

Aku pada mulanya beranggapan ia hanya rumours sebab aku masih lagi di office ketika itu dan tak nampak bukti nyata di depan mata. Kepala hotak aku berkata,"tak kan lah Pak Lah bodoh sangat tetiba je nak umum harga minyak naik. Baru ni je umum nak kaji mekanisme kenaikan harga minyak, paling lambat akan umum bulan Ogos nanti."

Petang tadi KL hujan lebat, dan banyak tempat di KL banjir kilat. Aku cadang nak balik awal takut jalan bertambah jem. Aku jenguk luar tingkap office, pelik, sebab jalan menghala KL clear se "clear" kepala aku..tak macam hari2 selalu. Lepas tu, jalan bertentangan pulak jem teruk...juga tak seperti hari biasa.

Aku ambil keputusan, dalam pukul 7.00 petang, aku chow! Selalunya aku ikut jalan Loke Yew menghala Jalan Tun Razak dan terus sampai Kg baru untuk ambik anak aku, sebab Jalan Loke Yew menghala Jalan Sultan Ismail selalu sesak teruk. Tapi hari ni memang PELIK! Aku ikut jalan menghala Jalan Sultan Ismail dan LANGSUNG TAK SESAK...dalam 15 minit aku dah sampai Kg Baru...apadehal? Dah nak kiamat ke? Mahkluk asing datang ke??? Serius aku PELIK!

Bila sampai Kg BARU...aku terlihat satu iklan kecik kat bawah televisyen...panjang...tapi bunyi tak best...HARGA MINYAK NAIK! 7 kupang pulak tu! GILA!

Patutlah jalan di KL ni tak sesak...sbb org menghala ke stesen minyak! On the way balik menghala ke rumah aku, aku decide nak singgah stesen minyak utk isi full tank siap2...tapi tak berdaya...SEMUA STESEN MINYAK SESAK! Lantas aku decide balik rumah dulu, solat maghrib, mandi secukup rasa, baru pikir apa tujuan lepas tu.

Pukul 8.40 malam, aku keluar dari rumah...untuk pergi berjuang! Ya...perjuangan beratur isi minyak!

Baru nak keluar dari apartment rumah aku, dah start jem! GILA! Bila nak selesai?? Sempat aku sound sorang brader yang block jalan depan aku..."Bang, boleh tak timbang rasa bagi saya keluar?"
Brader tu balas "Saya dah lama tunggu dari tadi lagi"...katanya dengan muka macam belum solat magrib, sebab kalut semacam je.
Aku sambil tahan sabar nak pelangkung membalas "Orang kat belakang lagi jem teruk,nak keluar rumah sendiri pon tak boley!!"...aku jerit sikit ala2 road bully...terus brader tu tunjuk bagi aku jalan...hahaha sorry la bang, saya tak sengaja nak marah, just tak tahan sebab marah sgt mengenangkan kat Pak Lah itu!

Dipendekkan cerita, aku cilok sana sini, 2 stesen minyak aku langkau sbb tak tahan sesak, aku terpaksa masuk highway Kajang-Cheras semata2 nak isi minyak! Mujur kereta tak sesak macam 2 stesen sebelum ni...yang langsung tak gerak. Alhamdulliah, dalam 10 minit tunggu aku dah boleh isi minyak.

On the way balik, aku siap masuk highway KL-Putrajaya semata2 utk pulang ke rumah...yang tak pernah dibuat aku sebelum ini...sebab semua jalan sesak!!

Akhirnya...aku sampai ke rumah 10.00 malam!

===========

Ya...itulah cerita aku malam ini..yang aku rasa masih ramai yang lagi teruk perjalanan mereka demi mengisi minyak di negara yang kaya dengan petroleum ini.

Salah seorang Menteri di TV3 sebut (aku tak ingat sapa nama dia) berkata.."Kita yakin kenaikan harga minyak ini tak menyebabkan kenaikan harga barang...kerana ia tiada kaitan. Malah kita sentiasa pantau harga barang2 di negara kita. Jadi jangan risau..." katanya dengan penuh kebodohan.

Aku compare dengan pendapat si Cina yang lagi cerdik yang ditanya selepas Menteri itu..."Ini kenaikan harga minyak musti efek harga barang punya. Saya sikalang manyak penin sebab kompom tambang bas skolah musti naik...harga makanan musti naik...semua naik lah!"

Itulah Malaysia...dipenuhi Menteri yang buduh


Dalam keadaan harga minyak yang sedia ada RM1.92 pon harga tepung naik, ayam naik, tambang itu ini naik, beras naik, engkau nak kata selepas ini tak naik? Engkau org UMNO memang la tak rasa semua naik sbb tak merasai beban rakyat...itu tak masuk lagi dengan kuncu2 korang yang koraps dan kuat makan rasuah! Wang Ehsan petroleum Terengganu pon ke mana pergi tak ketahuan! Sebab perangai korang, rakyat terpaksa membela korang , harga minyak pulak terpaksa naik...APADEHAL?

Kalau harga minyak naik, semua public transport pun akan rasa tempias. Confirm diorang pon akan mintak naikkan tambang! Lepas tu mintak rakyat naik public transport. Mana penyelesaian? Harga tambang naik! Mutu perkhidmatan masih hampeh!

Wahai Pak Lah...engkau pon satu PM yang *****! Sebelum ini harga minyak turun, engkau tak umumkan harga minyak turun...tapi bila naik engkau sibuuuuuk nak bagi naik jugak! APadehAL???

Engku ingat dengan bagi RM600 kepada pemilik kereta, semua tu dah boleh setelkan semua harga yang naik? Engkau tu gaji beribu ribu riboooooo sebulan...memang la tak merasa apa yg kami rasa.

Cakap pulak putar belit...sekejap kata nak kaji dan umum hasil kajian tentang harga minyak bulan OGOS, ini tiba2 suka hati umum harga minyak naik...GILA!

Sempat lagi pulak tu nak compare dengan harga minyak di negara JIRAN...memang BUDUH! Negara JIRAN mana yang engkau compare? Kita negara pengeluar petroleum, diorang pengeluar amenda?? Macam tu pun kau boleh compare?!

Itu lah Malaysia....

Malaysia negara pengeluar Beras...tapi harga BERAS terus NAIK

Malaysia negara pengeluar Petroleum...tapi harga minyak pun terus NAIK

Lepas ni....harga tarik elektrik pulak nak dinaikkan....

Aduh....

Wahai Pak Lah, kalau engkau bengap tahap apa sekali pun dan tak paham apa benda sekali pun (umpama kata Che Det)...tolonglah..toloooooooonglah satu perkara....TOLONG RESIGN!!

p/s: untuk membaca penipuan UMNO yang tak habis2 berkenaan harga minyak, sila baca/klik ---> HARGA MINYAK-UMNO PENIPU BESAR




Keadaan stesen minyak masa aku beratur nak isi minyak semalam