Tuesday, June 17, 2008

"Dua lagi tahanan ISA dilanjutkan penahanan mereka selama dua tahun, yang menjadikan tempoh penahanan mereka lapan tahun.

Kedua-dua tahanan, Mat Sah Satray dan Samsudin Sulaiman, yang berasal dari Selangor dilanjutkan penahanan mereka pada 11 Jun lalu."

Aku terkedu bila baca berita di atas. Mungkin sebab aku juga sudah berkahwin dan ada anak bini, maka aku dpt memahami penderitaan mangsa dan keluarga tahanan.

Cuba bayangkan... anak isteri dah menyediakan persiapan untuk meraikan kepulangan "hero" mereka ini ke pangkuan keluarga setelah 6 tahun dirampas kerajaan. Mungkin sedikit jamuan kesyukuran bakal diadakan. Si anak ini pula mungkin sudah terbayang2 untuk mendakap si bapa setelah 6 tahun dirindui...ditambah pula saban hari diejek rakan-rakan sebaya kerana "tiada" bapa... tiba-tiba diberitakan tempoh tahanan dilanjutkan lagi 2 TAHUN!

GILA!

Inilah penangan seorang pemimpin yang diagung-agungkan sebagai anak Ulama'...tetapi perangai macam Semak!

Dulu masa nak kawin lain, tahu pulak diri tu "tak tahan". Isteri sendiri baru saja meninggal (tak sampai 6 tahun pun mcm ISA), tetapi dah tergatal-gatal nak menikah lain! Kemudian punya lah zalim dengan menafikan hak kehidupan berkeluarga orang lain yang terpisah 6 tahun... lebih lama (maha lama) dari tempoh isteri dia meninggal! Apadehal?!

Allah Maha Kaya...tunggulah wahai Pak Lah and the geng...balasan Allah SWT pasti akan tiba!