Thursday, November 27, 2008

Fatwa Baru dari Parlimen UMNO - Ref Malaysiakini

"Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.

Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan dewan." - ref Malaysiakini.


Gobind Sing Deo sebenarnya telah membuat kesilapan yang amat besar...teramatlah besar. Aku teramat-amatlah tidak setuju!

Kenapa ditentangnya keputusan Timbalan Speaker Parlimen UMNO itu? Sepatutnya dia perlu bersikap profesional dan menerima keputusan di atas dengan penuh hormat dan penuh takzim. Apa akibatnya bila menentang? Kan kena gantung 2 hari. Rugi je. Nak kata bodoh, dah besar panjang. YB pulak tu.

Sepatutnya, terima je keputusan tu. Be profesional. Dan jadikan ia sebagai
ratio decindendi di Parlimen UMNO itu. Apa2 saja kes yang seumpanya yang berlaku selepas itu, maka ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan Timbalan Speaker mahupun Speaker Parlimen UMNO itu perlu patuh dan disiplin dengan keputusan yang dibuat itu.

Jadi....

Sepatutnya....

Gobind Singh dan ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat jangan melenting....

Cool je....

dan buat macam ni....

Lepas dapat keputusan tu...

Ramai2 pakat2 tepuk meja tanda sekojong (setuju + sokong)...

Kemudian...

Ramai2 pakat bangun...

Tapi jangan keluar Parlimen pulak, itu dah tipikal sangat, tak best....

Wakil bangun... dan kata gini kuat-kuat...

"Yang DiPertua, saya ingin menyatakan bahawa Yang Dipertua teramat amat amat amat amat amat amat amat amaaaaaaaaaaaaatlah
BODOH, BANGANG, BAHLUL, TOLOL, BONGOK, GILA, SAWAN BABI, MUNAFIK, NAK MAMPOS, KECIK-KECIK TANAK MAMPOS, BESAR-BESAR MENYUSAHKAN ORANG!...kerana telah memberikan keputusan itu.

Ops...apa yang saya telah kata tadi Yang DiPertua??? Astaghfirullah... Alamak...Yang Dipertua...saya tak boleh mintak maaf la... sebab kata2 saya tadi sebenarnya tidak mengelirukan; saya tidak sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan saya tidak berniat untuk mengelirukan dewan...sama dengan apa yang Yang DiPertua putuskan tadi..."

Ha... gitula...amacam...ok tak?

So kalo nak kena gantung dewan 2 hari pon berbaloi la jugak. Nak bantah2 buat apa? Ini tidak, pegi bantah pastu rugi je kena gantung 2 hari.

Alang2 nak kena gantung, kasi la buah yang kaw kaw punya... kasi puas! Kasi itu Timbalan Speaker UMNO kena ajar sikit! hahahah!