"Tatt Chua: A 10% discount. They are treating us like beggars."
Itu komen salah seorang pembaca Malaysiakini. Aku cukup SekoJong! (Setuju + Sokong).
Kalau Kerajaan benar2 nak bantu rakyat, tunjukkanlah sikap yang lebih terhormat dan penuh maruah. Janganlah anggap kami semua rakyat ni macam peminta sedekah... malah itulah hakikatnya kami rakyat semua...rupa kami memang dah jadi macam peminta sedekah. Mana tidaknya? Semua kekayaan negara hanya dikaut oleh UMNO dan barua-baruanya. Rakyat yang bertungkus lumus bekerja di bawah ini tak dapat nak rasa kemewahan harta dan kekayaan negara sendiri. Itu lah hakikatnya...rakyat menjadi peminta sedekah di negara sendiri.
Nak turunkan minyak, turunkanlah betul-betul. Sekarang kerajaan sendiri dah mengakui tiada lagi subsidi minyak kepada rakyat...sebab dah banyak sangat untung yang kerajaan dapat daripada penjualan minyak. Malah, rakyat pula yang kena bagi subsidi kepada kerajaan sekarang!
Nak turunkan harga tol, turunkan lah betul2. Ini tidak... turunkan lah sampai 50% sekalipon, tapi siapa yang nak drive tengah2 malam buta? Siapa yang boleh rasa penurunan harga tol tu tengah2 mlm gitu? Hantu Altantunya?
Yang boleh rasa pon syarikat2 bas ekspres yang buat trip tengah2 malam gitu. Tapi apa nak kesah dengan syarikat2 bas tu? Tambang tiket bas pon kerajaan dah naikkan... so syarikat bas tu dapat keuntungan yang lebih berkali ganda bila harga Tol diturunkan masa tengah2 malam buta... (termasuk kroni2 UMNO). Tambang teksi pon sekarang kerajaan nak naikkan.. So kami rakyat semua ni digula-gulakan. Satu barang turun (itu pon takdak kesan), tapi satu barang lagi naik. Bila nak selesai?
Kesimpulannya, UMNO = Syaitan. Sekian
|