1) Bila Nik Abduh bersuara tentang wujudnya parasit-parasit yang menghasut Ayahandanya (TGNA), maka ada pula yang bersuara bahawa TGHH pun ada parasit jugak. Maknanya, parasit lawan parasit la ni?
2) Aku tak membela sesiapa parasit pun, tapi aku cuma teringat kata2 TGHH pada awal perlantikannya sebagai Presiden. Dengan suara sebak, TGHH berkata jawatan Presiden ini adalah amanah, dia tidak layak untuk memegangnya dan janganlah membuat perbandingan dirinya dengan Allahyarham Fadzil Noor.
3) PAS sekarang kuat, tapi bukanlah kuat sangat. Faktor kekuatan/kemenangan PAS dalam PRK mahupun PRU adalah lebih kepada faktor penolakan rakyat kepada UMNO/BN. Jadi, bukanlah bermakna semua rakyat "suka" kepada PAS. Jadi, adakah munculnya parasit2 ini kerana parasit2 ini perasan bahawa PAS sekarang sungguh kuat?
4) PAS sebenarnya masih dalam zon pengukuhan Parti. Tapi, bila wujudnya faktor2 seperti parasit2 ini dan ditambah pula dengan imej PKR yang sedikit sebanyak mencalit arang kepada rakan2 Pakatan Rakyat termasuk PAS; ia bertindak seperti anai-anai. Kesannya mungkin bukan kini, tapi di masa hadapan.
5) Ada yang berkata pertembungan dua puak yang digelar pro-erdogan vs pro-muzakarah bukanlah perkara baru. Dikatakan, ia adalah seperti pertembungan golongan profesional vs ulama seperti dulu kala lagi. Nama sahaja berubah. Jadi, tak ada benda yang perlu dihairankan dan tak perlu dirisaukan. Betul ke? Untuk disamakan dengan situasi pertembungan golongan profesional vs ulama tu macam tak boleh diterima sikit. Kalau Profesional vs Ulama seperti dulu kala, tak timbul pun dulu nak pertandingkan jawatan Presiden; atau nak gantikan TGHH dengan TGNA. Dalam dicanangkan TGNA vs TGHH ini, mana satu ulama dan mana pula yang profesional? TGNA adalah ulama, dan TGHH pula adalah profesional..begitu?
6) Ataupun ia sebenarnya adalah pertembungan pro-ideologi Anwar vs pro-ideologi PAS? Anwar tidaklah perlu dipersalahkan kerana Anwar bukannya ahli/pemimpin PAS pun. Apa jua idea yang dicanangkan Anwar; mahupun jika dia ada agenda tersirat sekalipun (jika ada), lantak pi lah kat dia. Itu hak Anwar sebagai ketua kepada PKR. Cuma yang hairannya pula adalah bilamana ada suara2 dalam PAS ini pula yang seakan2 melenting bila ada mana2 pendapat dalam PAS yang tak sehaluan dengan Anwar. Siapa Anwar dalam PAS? Kenapa Anwar pula yang seakan2 menjadi penentu dalam dasar PAS? Sekali lagi diulangi, bukan isu peribadi Anwar yang dipertikaikan di sini, tetapi lebih kepada sikap "suara2" dalam PAS ini yang langsung tak boleh dijentik dengan apa2 idea yang bercanggah dengan suara Anwar.
6) Kalau nak sangat/cinta sangat kepada ideologi Anwar, kenapa pilih PAS? Masuk saja PKR. Senang. Tak payah susah2 nak laga2kan TGNA dgn TGHH demi melihat ideologi Anwar melekat dalam PAS.

|