Monday, June 23, 2008

PAS dan TALIBAN

Saya juga tidak menyokong kepada tindakan umpama taliban, tetapi adalah zalim apabila Faisal Tehrani menyamakan tindakan Pemuda PAS yang membantah persembahan Ella dan MAs Idayu dangdut dengan Taliban...cukup zalim.

Kenapa zalim? Kerana definisi zalim itu sendiri adalah "tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya". Maka, dakwaan menyatakan tindakan PAS yang ingin menghalang maksiat besar itu adalah umpama taliban sememangnya tidak diletakkan pada tempatnya = zalim.

Saya faham apabila ada yang ingin berlagak "liberal" dan kadang-kadang kita terlepas pandang dan terlalu liberal dengan perkara besar seperti maksiat. Seharusnya kita tidak perlu liberal dalam sesetengah perkara dan perlu "keras" bagi menjaga maslahah yang lebih besar. Inilah cabaran kepada para da'ie agar tidak terlalu gopoh dan tidak terlajak kata/tindakan...kerana kita kadang kala terlalu "open minded" sehingga musuh Islam yang licik berjaya mendominasi diri kita. Sepatutnya, da'ie harus dominan kepada masyarakat, tetapi diseb
abkan sikap terlalu liberal kita itu menyebabkan masyarakat pula yang dominan dan menenggelamkan tujuan da'ie yang ingin berdakwah.

Para da'ie "liberal" kadang kala menggunakan alasan berdakwah secara hikmah bagi menghalalkan cara mereka berdakwah. Namun kadang kala terlupa definisi Hikmah yang sebenarnya bermaksud menyampaikan dakwah secara berkesan dan kena pada tempatnya. Sebab itulah berdakwah secara hikmah itu kadang kala wajar jika sekadar menegur secara lembut dan ringan. Tetapi, jika kena pada tempatnya, berdakwah secara hikmah itu juga kadang kala menghendaki kita berkeras. Hal ini yang selalunya disalah ertikan oleh sesetengah "da'ie" yang berkata dakwah mereka ialah secara Hikmah, yang menafsirkan secara sempit bahawa Hikmah itu adalah "lembut".

Sebab itu lah, tindakan Pemuda PAS yang ingin menghalang persembahan Ella dan Mas Idayu itu juga boleh dikategorikan sebagai berhikmah dan kena pada tempatnya. Jika Ella yang suaranya kadang-kadang seperti sengaja dibuat-buat manja dan lentok dan menggairahkan pendengar... dan Mas Idayu yang pastinya ada geleknya dan pasti mengundang penonton untuk ghairah dan bergelek, bergesel sesama laki dan perempuan itu...memang patutlah dilarang dan diharamkan dari arena hiburan. Kesan kepada persembahan mereka sendiri mengundang kepada perkara yang haram, tidakkah persembahan itu juga adalah haram?


Persembahan mereka itu juga bersempena hari kemuliaan Sultan yang merupakan penaung agama Islam di Malaysia...tidakkah malu apabila imej Islam itu dicampur adukkan antara halal dan haram?




Mungkin perlu diperluaskan lagi kepada para da'ie liberal tentang definisi kaedah Fiqh: "Matlamat TIDAK MENGHALALKAN cara"