Sunday, November 21, 2004

Kisah Pemimpin Dunia Semasa

Untuk menjadi pemimpin ni bukannya senang... antara ciri yang paling utama adalah ia mampu menjadi qudwah (role model) yg baik kepada masyarakat sekeliling. Antara cabarannya pulak ia sering menjadi tumpuan tak kira di mana ia berada... diikuti dengan ancaman demi ancaman yg tak putus2 dari musuh sekeliling.

ISU US
Kemenangan BUSH dalam Pilihanraya US baru2 ni mengundang pelbagai respon dunia. Kemenangannya hanya sekitar 51% undi berbanding 2 lawannya yg lain. Hampir separuh rakyat US risau kemenangannya itu menggalakkan lagi serangan pengganas ke bumi US... hinggakan mereka membuka sebuah laman web khas yg meminta maaf kepada dunia terhadap kemenangannya itu. Antara kata2 mereka adalah "...kami meminta maaf kepada dunia..." dan " ...kami telah melakukan yg terbaik sedaya upaya kami, maafkan kami...." Tetapi ia pasti agak kurang bermakna kerana kemenangannya itu juga membawa makna separuh daripada rakyat US yg lain setuju dengan agenda peperangan BUSH!

Entahla, umat Islam perlu lebih berhati2 dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan selepas daripada ini.

ISU TAK BAI
Suruhanjaya bebas yg menyiasat tentang isu di Tak Bai mendapati kematian 84 org Islam itu jelas disebabkan kelalaian dan kecuaian pihak tentera kerajaan. Mereka bersepakat Thaksin harus meminta maaf kepada rakyatnya akibat kematian org2 Islam itu.

Tetapi, apa respon Thaksin? "Saya tidak perlu meminta maaf kerana ia tidak mendatangkan apa2 faedah dan manfaat kepada negara."

Harapnya, kerajaan kita tidak terbawa2 dengan sikapnya yg biadap itu. Walau setinggi mana pangkat kita, kita harus akur dengan kelemahan kita. Rasulullah SAW menjadi ikutan terbaik... walaupun Baginda adalah maksum, Baginda tetap merendah diri dan sedia meminta maaf kepada sesiapa jua.

ISU PALESTIN
Kembalinya Arafat ke rahmatullah mengundang tangisan yg tak putus2 oleh rakyat Palestin.

Persoalannya, apakah punca kematiannya? Ada khabar yg mengatakan ia berpunca daripada keracunan akibat serangan senjata biologi. Memang tidak menghairankan, kerana Arafat sememangnya menjadi sasaran Yahudi dari dulu lagi.. cuma senjata mereka tidak mampu meragut nyawanya. Jadi, racun/senjata boilogi adalah alternatif terbaik kerana ia mampu menyerang secara senyap tidak kira di mana kita berada.

Penyakit SARS contohnya. Sebuah pusat kajian mendedahkan ia adalah senjata biologi ciptaan negara China. Kebenarannya? Tiada siapa yg tahu...

ISU MALAYSIA
Masih lagi aman... alhamdulillah. Ada pendapat yg mengatakan keamanan kita adalah kerana berkat doa2 para ulama yg masih ada di negara kita. Tetapi, sampai bila?

p/s kanot: Sahabat yg baru balik dari Mekah bercerita baru2 ini di bulan Ramadhan Masjidilharam bergegar hingga bertempiaran lari org ramai. Apa alamatnya? Wallahua'lam...