Untuk student law mesti semua dah tau tentang kes Meor Atiqulrahman kan? Especially dlm subjek Costitutional Law. Untuk mereka-mereka yg bukan student law, kat sini saya nak cerita serba ringkas tentang kes ni sblm kita bercerita lebih panjang.
Tiga orang pelajar Islam di Sekolah Kebangsaan Felda Serting, Jempol; Meor Atiqulrahman al-Syafiq Ishak, Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari telah disingkirkan daripada sekolah oleh pengurusan sekolah kerana memakai serban ke sekolah pada petang 8 Julai 1997.
Mereka telah memfailkan saman pada Disember 1997 atas tindakan sekolah tersebut yang jelas bertentangan dengan Perkara 5(1) dan 11(1) Perlembagaan Persekutuan atas dasar prinsip sama rata di kalangan rakyat Malaysia.
Peruntukan undang-undang tersebut jelas memberi hak kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengamalkan apa2 perkara yg berkaitan dgn agama mereka. Pada 6 Ogos 1999, Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan penyingkiran mereka daripada sekolah adalah tidak sah serta batal; bertepatan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yg menjamin hak sama rata rakyat Malaysia.
Keputusan itu mendapat respon positif para pengamal dan pemerhati undang-undang di negara kita kerana ia jelas menjadi titik tolak kepada hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa sekatan... termasuk para penganut agama lain yg bebas untuk menuruti ajaran agama mereka dengan bebas di negara majmuk Malaysia ini.
APA KEPUTUSAN TERBARU?
Pada 22 November 2004, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Ia bermaksud, penyingkiran 3 pelajar tersebut daripada sekolah kerana memakai serban ke sekolah adalah SAH!
Antara alasan yg diberikan ialah mahkamah tidak perlu campur tangan dalam hal disiplin sekolah dan ia adalah hak mutlak guru besar, sekolah dan yg berkaitan... dan bertujuan memberi kebebasan kepada pihak pendidikan untuk mentadbir sekolah. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata "Jika mahkamah memutuskan soal disiplin sekolah, lebih baik kami semua berada di sekolah dan bukan di sini."
Saya bukan berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi saya berpendapat ada Pro dan Kontra nya keputusan tersebut...
Pro....
Memang la mahkamah tak seharusnya masuk campur soal pentadbiran sekolah. Contohnya dalam bab2 disiplin ni. Katakanlah, pihak sekolah mendenda seorang pelajar kerana buang sampah dalam longkang...nak dijadikan cerita, pelajar tu memfailkan saman atas tindakan sekolah kerana memberi malu kepadanya dan keluarganya. Kalau hal begini dibawa ke mahkamah, tak ke haru biru mahkamah kita? Dalam dok sibuk bicara kes bunuh, rogol, culik, dsb.. tup..tup..tup... bicara kes sekolah pasal buang sampah dalam longkang. Tak ke merapu?
Jadi, memang wajar lah bagi mahkamah untuk tak masuk campur hal2 yg berkaitan dgn disipilin sekolah ni.
Contra...
Kes Meor ni lain sikit... ia mampu memberi impak yg besar kepada umat Islam di negara kita.
Dalam sistem perundang-undangan negara kita, keputusan Mahkamah Rayuan harus diikuti oleh mahkamah2 yg lebih rendah daripadanya.
Katakan lah... jika selepas daripada ini ada sekolah yg menyingkirkan pelajar kerana memakai tudung ke sekolah, bagaimana pendirian mahkamah? Jika mahkamah mengambil alasan serupa dengan Mahkamah Rayuan dalam kes Meor ni, penyingkiran itu adalah sah kerana sekolah mempunyai hak ke atas pelajar mereka.
Kita risau situasi negara lain akan jadi di negara kita. Contohnya, Singapura telah pun mengharamkan pelajar2 memakai tudung ke sekolah.. begitu juga di Perancis, Jerman, dll. So, takkan kita pon nak jd macam mereka?
Apa pandangan kawan2 semua? Fikir2kan lah.. tepuk dada, tanya aqal...
p/s kanot: teringat subjek constitutional law dulu.. nasib baik pass.. hehehe (^_^)
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
|