Sunday, November 28, 2004

Memorandum Soh Sook Hwa

MEMORAMDUM BERSAMA UNTUK MEMANGGIL MENGGUGURKAN PERBICARAAN TERHADAP SOH SOOK HWA PADA 24 NOVEMBER 2004.



Dato Profesor Madya Jamaluddin Mohaiadin
Timbalan Naib Canselor
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar
Universiti Sains Malaysia



24 November 2004

Yang Berbahagia,

Hentikan Tindakan Displin Terhadap Soh Sook Hwa

Dengan segala hormatnya, kami ingin menyatakan keprihatinan kami terhadap masalah yang dihadapi oleh saudari Soh Sook Hwa, pelajar tahun akhir Universiti Sains Malaysia (USM).

Kami dimaklumkan bahawa Saudari Soh telah dituduh atas terlibat dalam kempen pilihanraya dan dipanggil untuk menghadiri satu perbicaraan tatatertib, oleh Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar USM pada 24 November 2004.

Kami ingin memaklumkan Yang Berbahagia bahawa saudari Soh merupakan seorang warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengundi dalam Pilihanraya Unum yang lepas dan segala hak sivil seorang pengundi telahpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, saudari Soh sekarang menghadapi tindakan yang menafikan kebebasannya sebagai seorang pengundi. Tuduhan terhadap saudari Soh adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip kebebasan asas dan keadilan sejagat seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh demikian, kami meminta pihak USM supaya menarik balik tuduhan terhadap saudari Soh Sook Hwa, atas penglibatannya dalam kempen pilihanraya. Pihak USM juga perlu pastikan bahawa tiada sebarang tindakan lanjutan akan diambil terhadap pelajar tersebut atas penglibatannya dalam kempen pilihanraya.

Kami juga ingin menyeru supaya pihak USM memastikan kebebasan sivil pelajar dihormati dan dilindungi. Pihak USM perlu menghentikan segala tindakan mengancam pelajar-pelajar daripada menikmati kebebasan asas mereka, dengan menggunakan seksyen-seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan peraturan-peraturan lain yang mencabuli hak asasi manusia.

Sekian, terima kasih.

Yang menandatangani memorandum:

1. Asian Students Association (ASA)

2. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)

3. Civil Rights Committee

4. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

5. Selangor Chinese Assembly Hall

6. Selangor Chinese Assembly Hall Youth

7. Centre for Orang Asli Concerns (COAC)

8. All Women Action Society

9. Pergerakan Indonesia

10. Red Rose Youth Centre

11. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

12. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM)

13. The National Union of Students of The Philippine

14. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

15. Jawatankuasa Kekalkan Sekolah Damansara Asal

16. Democratic Action Party Socialist Youth (DAPSY)

17. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

18. Labor Resource Centre (LRC)

19. Democratic Action Party Socialist Youth Southern Johor Division

20. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-mahasiswi (JKMI)

21. Gerakan Mahasiswa Maju Universiti Putra Malaysia (GMMUPM)

22. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

23. New Era College Student Union

24. ALAIGAL

25. Women Development Collective (WDC)

26. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

27. Writers Action for Media Independence

28. Chinese Language Society of UPM

29. Persatuan Jemaah Islah Malaysia (JIM)

30. Community Development Centre (CDC)

31. Gerakbudaya

32. Kumpulan Kemajuan Masyarakat

33. Barisan Progresif Mahasiswa UTM

34. Student Progressive Front USM

35. Malaysian Phoenix Friendship Association Penang Liaison Committee

36. University Malaya Association of New Youth

37. Persatuan Tukang Jahit Pulau Pinang

38. Friends of SUARAM Johor Bahru

39. Persatuan Kedai Kopi Seberang Perai

40. Persatuan Mahasiswa Cina Universiti Malaya

41. Sedar MMU

42. Chinese Student Council of UTM

43. Angkatan Muda KeADILan

44. Gabungan Pekerja Ladang JERIT

45. Gabungan Pekerja Kilang dan Persatuan Sekerja JERIT

46. Gabungan Penerokaan Bandar dan Perumahan JERIT

47. Gabungan Anak Muda dan Pelajar JERIT

48. Penang Chinese School Committee Association