Gambar- Pekerja2 Indonesia menari tak sedar diri.
Pengerusi Persatuan Penduduk Juara Sinar Apartmen berkata, "Ratusan pekerja kilang lelaki dan perempuan bercampur gaul, menari dan berpelukan tanpa rasa malu."
Saya ni bukanlah baik sgt.. tp hangat la jugak hati ni bila baca berita kat suratkhabar arini.
Pertama kali saya dengar ada rupa-rupanya satu perayaan yg dinamakan Halal Bihalal yg dianjurkan bersempena hari terakhir Aidilfitri. Baru-baru ni ia diadakan di Juara Sinar Apartmen di Balakong, Selangor. Niat penganjuran program ni memang baik iaitu untuk mengeratkan silaturrahim sesama rakyat Indonesia di Malaysia.
Malangnya... yg jadi bukannya setakat erat, tapi 'terlebih erat'. Dengan berpeluk ciumnya, dengan mabuknya, dengan khayalnya yg tak tentu arah... prog Aidilfitri hape gitu?!
Ingat ni Hollywood ke hape?!
Nama penganjurnya pon saya pelik; Bocahe Dewe. Dimaklumkan, maksudnya 'hanya utk budak2' dlm bahasa JAWA... nampak sgt kena tanya PAKDI dgn WUNAN pasni.
Tapi yg lg pelik, mcmana pihak berkuasa boleh lulus pulak permit prog yg mcm ni? Kalau program ceramah bukan main lagi kena reject. Bukan setakat kena reject, kadang2 surau pon kena runtuhkan. Tak campur lg dgn kena serang FRU... dgn sembur airnya..asap pemedih matanya..
Saya pernah ikut satu demonstrasi Iraq dkt KLCC. Seperti yg dijangka segala bala FRU datang berlori-lori. Apa lagi, habis disemburnya dgn asap pemedih mata. Saya terhidu sikit je, tp boleh tahan la jugak sesak nafasnya.. Yg sakit hatinya, ada sorang budak kecik dlm lingkungan 4 thn yg tak tahu apa pon terkena sama. Menangis budak tu sbb pedih mata dan sesak nafas. Dlm hati ni mmg rasa nak karate je buah pinggang FRU dkt2 situ.. tapi dlm hati je la ;p
Itu la indahnya negara kita. Bertemakan Islam Hadhari yg meraikan Konsert Maksiat dan MENGHARAMKAN PROGRAM KEAGAMAAN.. Syabas rakyat Malaysia!!! Marilah kita menari sama2 mengikut rentak dangdut bg meraikan ISlam HADHARI ini... Yeahh... HIDUP MELAYU!!!!!!
|