Mesti semua still ingat tentang tragedi Tsunami kan? Bala Allah yg cukup terkesan kepada semua umat Islam... Lepas dpd kejadian tu, macam2 pandangan dikeluarkan tentang hikmah di sebalik kejadian yg mengorbankan ramai umat Islam di negeri Serambi Mekah Banda Acheh.
Saya pon cuba pikir dan pikir.....apa hikmahnye ek? MAybe Allah SWT ingin memberi peringatan tentang pergaduhan saudara serta pembunuhan umat Islam beramai2 di sana. Tapi yg sedihnya, selepas kejadian tu..tentera Indonesia amik kesempatan dalam kesibukan org ramai membantu mangsa Tsunami kat sana dengan membunuh para pemisah GAM yg korbannya hampir mencecah 200 orang. Diorang takde akal ke? Nak kena bala lagi ke? Ditambah pulak dgn keengganan tentera diorang utk berunding, termasuk di Sri Lanka. Tunggu matahari terbit di Barat baru nak berunding kot.......
Hmmmmmmm...entahla, emosi lebih2 plak ;p
....................................................
Ok, kita berenti citer psl perang2 tu kejap... saya nak berkongsi tentang satu lagi penemuan/pandangan tentang PERANG ALAF BARU yg berkait gak dgn mcm2 kejadian pelik di bumi kita sejak akhir2 ni........
Sejak Perang Dunia Ke-2 lagi, US dan Rusia berlumba2 meneroka teknologi baru sebagai senjata utk perang. Antaranya, mereka tgh buat research utk menggunakan cuaca & bumi sbg senjata..namanya Program Penyelidikan Aurora Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP). Melalui teknologi ni, mereka mampu mengubah cuaca di negara lawan utk mengacau-bilaukan negara tu. Antara hasilnya, mereka mampu mencetuskan:
1) Gempa bumi
2) Ribut petir/salji
3) Banjir besar
4) Puting beliung / tornado
Buktinya, pada thn 2000 seorang Prof dari US; Dr Rosalie Bertell menggemparkan dunia apabila mengumumkan bahawa senjata terkini dalam persenjataan tentera AS ialah bumi dan cuaca akan menjadi antara senjata pemusnah terburuk menjelang 2025.
Antara contoh yang disebut beliau ialah:
1) gempa bumi Tang Shan di China pada 28 Julai 1976, yang mengorbankan 650,000 nyawa berlaku selepas ruang angkasanya bercahaya. Fenomena itu dipercayai akibat ujian gelombang ELF bagi memanaskan ionosfera oleh Soviet Union.
2) gempa bumi San Francisco pada 17 Oktober 1989. Dr Bertell berkata, gelombang ELF luar biasa dikesan di California pada 12 September tahun itu. Kekuatannya meningkat sedikit demi sedikit sehingga menurun pada 5 Oktober. Bagaimanapun, gelombang itu muncul kembali pada 17 Oktober dengan kekuatan luar biasa dan tiga jam kemudian gempa bumi itu berlaku.
3) fenomena El Nino antara 1997 hingga 1998 yang dipersalahkan sebagai penyebab keadaan cuaca luar biasa di seluruh dunia, sebenarnya didahului gangguan besar dan ketidakstabilan iklim setahun sebelum itu.Katanya, pada 1996 berlaku banjir besar di Asia Selatan membabitkan Nepal, India dan Bangladesh sehingga menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal. Di China pula banjir besar mengorbankan beratus-ratus nyawa, manakala puluhan ribu lagi tinggal sehelai sepinggang.Pada masa sama, Kanada mengalami hujan ribut, hujan batu, banjir dan tornado iaitu keadaan iklim luar biasa yang memusnahkan banyak harta benda, ternakan dan nyawa. Salji pada kadar luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun pula menimpa Afrika Selatan menyebabkan banyak kematian akibat suhu terlalu sejuk.Pada pertengahan Julai tahun itu pula, gempa bumi menggegarkan Pergunungan Alps Perancis, Austria, selatan Itali, timur laut India, Jepun, Indonesia, semenanjung Kamchatka dan selatan Mexico. Di New Zealand pula sebuah gunung berapi meletus.Gegaran juga dilaporkan di Kenya, Jerman, kepulauan Greece, Turki, Sumatera Utara, Bali, tengah Filipina, Pulau Utara New Zealand, timur Jepun, tengah Chile, El Salvador dan Kepulauan Aleutian, semuanya pada minggu sama yang berakhir pada 26 Julai.
................................................................
Apa pandangan u all? cuba pikir tgk... sejurus lps Tsunami, Tentera US dtg ke Banda Acheh dgn kapal perang canggih diorang, US Lincoln melalui SELAT MELAKA!! Walaupun alasan mereka ialah menghantar bantuan ke sana, tetapi ia adalah turning point for them utk bertapak di Selat Melaka. Sebab apa? sebabnya...Indonesia dan Malaysia sblm ni dah berkali2 membantah permohonan US utk menggunakan SELAT MELAKA sebagai tapak mereka menghapuskan pengganas di Nusantara. Bila berlaku Tsunami, Indonesia dan Malaysia tak bolehla menghalang mereka melalui Selat Melaka sbb sememangnya bantuan mana2 negara adalah diperlukan. Menurut sesetengah pihak, mereka menggunakan helah Tsunami utk bertapak di SELAT MELAKA!! KAlau kita refer sejarah Melayu, SELAT MELAKA adalah kawasan yg paling strategik utk perdagangan dan PEPERANGAN. So, adakah Tsunami sememangnya telah diaturkan oleh US???
Ditambah lagi dengan kejadian banjir kilat di Mina dan Madinah.......adakah ia juga dirancang US??
Ribut salji setebal 2-5 meter di California baru2 ni.........adakah ia serangan balas dari Russia???
Memanglah semuanya adalah kuasa Tuhan, tetapi kita jangan lupa ada hadis yg mengatakan di akhir zaman umat manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi. Fikir-fikirkanlah......
p/s: sori lama tak update. org lain suffer Tsunami, kanot plak suffer demam panas 2 minggu... doktor suspek denggi, alhamdulillah dah sihat. nasib badaannnnnnnnnnnnnn.... (^_^)
|