Saturday, February 26, 2005

SeMBanG-seMbanG HumaN RigHts



Semalam (25 Feb) ada demonstrasi di Kg Baru pasal kes JAWI. Rasa tertarik dgn slogan sepanduk dan banner 'memerli taukey Islam Hadhari' yang direntang masa demo tu; "Al-Ghazali yg ku cari, Jeslina yg ku temui". Kemudian, salah seorang speaker menyoal di mana PAK LAH ketika JAWI disalahkan kerana memberkas mereka-mereka yg tertangkap. So dlm hati ni, tergerak nak menjawab; "PAK LAH sibuk sbb tgh dok cari ghazali tak jumpa-jumpa!!" kuikuikuikui....tapi dalam hati je la..

Kes ni sebenarnya lebih kurang sama je dgn kes-kes freedom of religion yg lain. Skg ni, ramai yg tgh dok menyalak slogan freedom of religion. Dlm kes JAWI tu pon, defence yg digunakan adalah kebebasan dalam erti kata lain 'human rights'

Terbaru, ada cadangan yang ingin dibawa ke parlimen mengenai penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (ICM). Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah juga mengenai Freedom of Religion. Yang membara hati ni bukannya apa.. bila mana dilaporkan semasa perbicangan mengenai ICM ni, ada seorang ahli menyoalkan kenapa perlu diagung-agungkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11(4)).

Ada pro dan contra dalam penubuhan ICM ni. Mengikut Majlis Peguam, ia adalah untuk membendung gejala murtad. Tapi yg risaunya, bila mana disebut Freedom of Religion ni...penganut agama lain juga boleh persoalkan kenapa nak dilarang org Islam keluar daripada agama mereka sedangkan agama lain silent on that issue? Perkara ni boleh jadi serius sekiranya ia disalah ertikan oleh penganut agama lain mengenai Islam dan seterusnya mengelirukan masyarakat lain (yg sememangnya dah pening). Sbg contoh, dalam satu forum mengenai kes Meor Atiqulrahman di sebuah IPTA baru2 ini..salah seorang panel mempersoalkan kenapa nak dihalang seorang Islam keluar dpd agamanya? (kepala hotak dirimu berjambul!)

Kalo nak disalahkan panel tu pon tak kena jugak, sbb maybe dia mmg tak tau ttg Islam. Tapi perkara2 mcm ni la yg nak dibendung/control damage.

Menurut satu kajian yg dibuat, dalam agama Budha sendiri memang tak ada sebut tentang hukuman bagi penganut agamanya yang ingin memeluk agama lain. So, kenapa nak dipersoalkan ttg status murtad di sisi Islam krn ia dah mmg jelas dalam Al-quran dan sunnah! Kita amik contoh mudah je la.. bila seorang tu masuk sekolah, dia kena la ikut peraturan sekolah tu. Kalo dia dgn jelas langgar peraturan, takkan nak lepaskan dia dpd hukuman disebabkan alasan human right? Tak tau la kalo ada mana2 kes pelajar ada kata "Saya ingin membawa kes ini ke mahkamah kerana melarang saya isap rokok dlm sekolah dengan berpaksikan kpd human right yg terkandung dalam Universal Declaration of Human Right!!" (amatlah bangang bunyinya)

Di Arab Saudi, fatwa yg dikeluarkan ada melarang daripada menyertai perbincangan agama terbuka bersama2 penganut agama Kristian dan Yahudi. Sebabnya adalah utk mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Di Malaysia, maybe kita tak sampai ke tahap ni. Kita bebas utk berbicara dan berdiskusi. Walau bagaimanapun, langkah berjaga2 dan hati2 tetap perlu diambil agar tak mengundang parah spt mana yg berlaku ketika peristiwa berdarah 13 Mei yg lalu.

p/s: ini juz pandangan kanot. minta maaf la pd semua lawyer2 kalo ada tersalah pandangan. peace..... (^_^)