Sibuk betul PTPTN sejak dua menjak ni...NAK KUTIP HUTANG. Itu pun lepas kena 'bom' dengan Bos (Imam Islam Hadhari).
Kesimpulannya memang pengurusan PTPTN yg teruk. Sibuk nak kutip hutang tp pembayaran pada pelajar sendiri haru-biru. Sapa yg amik PTPTN mesti suffer teruk Disember 2004 aritu sbb PTPTN lambat masukkan duit. So, takkan still nak salahkan student yg lambat bayar balik.....dah PTPTN sendiri yg lambatkan masuk duit... GIVE and TAKE lah, ye tak? PTPTN lambat masuk duit student berlapar, tp kalau student lambat bayar balik PTPTN mana berlapar pon....kenyang lagi ada la.
..........
Imam Islam Hadhari aritu kata PTPTN still akan bagi duit pada mereka yg kaya...tanpa sebarang kompromi sbb nak adil pada semua. (defini baru adil di sisi Islam Hadhari).
Baru-baru ni saya ada dgr komen sorang tokoh akademik (PHD) ttg masalah ni. Dia kata kenapa Menteri2, Datuk2, Tan Sri2 masih nak bergantung harap pada wang kerajaan utk sara anak mereka belajar? Kalo boleh semua anak nak antar ke oversea...kekadang to A Level pon still nak antar anak ke oversea. Entah2, kalo boleh UPSR, SPM, PMR, STPM semua nak amik kat oversea. Nak antar tu boleh, tapi pakai la duit sendiri. Ini tak, semua pakai duit kerajaan. Kebanyakan yg tak bayar balik duit PTPTN or MARA ni pon dari kalangan diorang la (dia cakap, bukan saya cakap).
Org Melayu sebenarnya dah banyak dapat insentif dari dulu lagi..melalui hak kerakyatan, agama, pelajaran, hak tanah etc. So, sememangnya kita harus pandai menguruskannya demi memartabatkan kembali golongan Melayu Muslim yg tertindas sejak zaman British lagi. Teringat Tun Dr M dulu tegur tentang TONGKAT ni. Kita risau peristiwa 13 Mei akan berulang bilamana org bukan Melayu jeles tgk kemewahan org Melayu. Dah la dpt banyak bantuan, seleweng utk tujuan peribadi lak tu. Tokoh akademik tu ada ckp, org2 kaya ni lah yg selalunya guna duit kerajaan utk perut sendiri. Duit sendiri tanak guna utk sara anak sbb semuanya nak diguna utk kemewahan hidup. Yg sengsaranya sapa? Rakyattttt jugak... kan?
Hmmm....memang btul la akhir zaman ni ramai yg tertindas dan ditindas. Ketamadunan Islam yg nak dibangunkan adalah dengan memelihara golongan kaya supaya lebih kaya dan golongan miskin menjadi semakin papa........
|