Friday, June 10, 2005

BeliLah KondOm MaLaYsia

Saya dulu kat skolah masa kecik2 dulu (tp besar) terlibat la gak dalam PROSTAR (program sihat tanpa AIDS untuk remaja)... so tau la skit2 bab AIDS dan HIV ni walaupun tak la sehebat student2 sains..

Menyirap la gak darah ni bila dgr cadangan nak bagi kondom dan jarum free kat pengidap dadah HIV. Saya tertarik dgn komen seorang pembaca dalam berita harian yg kata tindakan ni seumpama kita menghalalkan lagi perbuatan org2 ni dalam terjebak dalam perkara najis ni. Dia kata lagi, org2 ni sebenarnya dah tak ada hak lg utk melakukan seks..(dia kata aa..bukan kanot kata)..so kenapa kita nak baik hati sangat sampai siap nak bagi kondom lagi?
Bila kita perhalusi kes2 penghidap HIV ni, kebanyakkannya adalah penagih dadah dan mereka sebarkan virus ni melalui perkongsian jarum dan hubungan seks. So, perbuatan mereka sendiri yg tak sayang nyawa telah menjebakkan diri mereka dalam HIV ni. Tapi kita plak punyala baik hati nak bagi kondom dgn kos berjuta2 ringgit dpd 'duit rakyat' pulak.. APA NI??!!! nampak seolah2 macam kita redha dgn tindakan golongan2 ni.
Kita akui, memang ada kes2 mangsa HIV teraniaya krn menerima virus ni tanpa kerelaan mereka... seperti kes di Alor Setar dulu di mana seorang wanita maut kerana menerima darah yg dijangkiti HIV dpd hospital Alor Setar. Kes mcm ni maybe perlu mendapat layanan 'extra' skit, tapi hanya 1 kes dalam beribu.
Pak Lah ada cakap golongan2 ini sebenarnya masih aktif dalam seks, so kita perlu consider cadangan ni. Walau bagaimanapun, mereka2 yg terjangkit ni sebenarnya rata2 adalah penagih dadah; sampah2 sarap yang melata di Malaysia... Org2 yg mcm ni mana ada rasa t'jwb nak bagi nafkah batin lagi pada isteri..ntah2 isteri sendiri pon dah tak kenal. Dok pukul anak bini lagi ada la... Org2 mcm ni tempat mereka utk melepaskan nafsu adalah 'ayam-ayam' yg berlonggok di belakang lorong2 gelap. So, org yg mcm ni kita nak tolong?! Aapadehal??!!
Pelik betul la.. cadangan yg baik2 dulu tanak dengar, tapi cadangan yg pelik2 mcm ni punyala nak layan. Rasanya makhluk asing Planet Zargus pon leh tergelak bila dengar cadangan ni..
Mufti Perak dah bagi cadangan punyala baik......iaitu kuarantin mereka di pulau yg terpencil. Bila dah dikuarantin, gasak la mereka nak buat apa pon..sbb mereka berada dgn 'geng2' mereka sendiri. Tapi cadangan mcm ni bukannya nak dengar...trus masuk bakul sampah. Puak2 human right melampau pon punyala bantah sampai nak termuntah..
Kuarantin ni sebenarnya dah ada zaman Rasulullah SAW lagi. Baginda pernah melarang penduduk Madinah keluar kerana penyakit Taun yg melanda ms tu.. ada kita dengar masalah human right ms tu? 'Taun' zaman Nabi SAW pernah dibahaskan oleh para ulama dan cendekiawan. Ada pendapat mengatakan Taun tu bukan macam taun kita sekarang.. tapi ada yg kata Taun tu adalah kusta atau AIDS. Zaman tu mana pakai cakap omputih, so Taun je lah yg diorang panggil utk penyakit tu.
Meaning to say, perkara kuarantin ni pernah diamalkan dan kesannya adalah berjaya. Jadi mengapa kita tanak amik iktibar pasal sejarah?
Kita dok asyik amik apa yg orang barat lakukan. Bangga sangat ke dpt buat apa yg org barat buat? Org sepatutnya bangga buat apa yg Rasulullah buat, tapi kita bangga buat apa yang org jahiliyyah buat.
Itulah masalahnya kita sekarang........ kita sangat asyik menegakkan hak2 mereka yg sememangnya sengaja ingin menjahanamkan diri mereka sendiri. Tapi kita lupa tentang hak org sekeliling yg lebih besar maslahahnya. Utk itu, Imam Islam Hadhari amat2lah disarankan agar mengambil pandangan secara menyeluruh dan tidak mengambil mudah hal ini. Silap tindakan selepas ini, maka besarlah akibatnya kepada masyarakat amnya.