Kini Muktamar PAS sedang hangat berlangsung. Ia agak menarik sikit sebab kali ni pemilihan kepimpinan parti juga akan berlaku.
Kanot nak komen sikit bab pemilihan ni.... komen kanot ni bukan bermakna kanot menyokong atau tak menyokong PAS, tapi lebih kpd pandangan salah seorang dpd rakyat yg ingin mewujudkan check & balance dlm situasi politik semasa.
Bagi saya, PAS perlu berani dalam mengubah kepimpinan parti..atau dlm kata lain memberi peluang kpd golongan muda dan profesional utk mengambil alih teraju kepimpinan.
Dalam Pilihanraya Umum yg lalu, PAS tak habis2 dgn laungannya yg ingin menegakkan hudud dan negara Islam. PAS perlu lebih terbuka terhadap realiti penerimaan masyarakat Malaysia yg berbilang kaum.
Status hudud dan negara Islam di sisi agama sudah jelas...iaitu ia perlu diterima oleh setiap Muslim. Walau bagaimanapun, method pengaplikasiannya perlu lebih bijak dan berhikmah. PAS perlu akui, majoriti rakyat Malaysia TIDAK BOLEH menerima pendekatan PAS yg terlalu highlight tentang hudud dan negara Islam. Mereka TAKUT mengenainya...
Rasulullah SAW sendiri mengambil masa 13 tahun di Mekah utk menanam akidah di kalangan masyarakat...kemudian barulah memperjuangkan tentang hukum syariah / undang-undang & menubuhkan negara Islam di Madinah.
Pada pandangan saya...selagi mana PAS tidak memerintah negara, soal negara Islam dan hudud tidak harus menjadi agenda utama.
Sekiranya PAS memerintah Malaysia pada satu hari nanti, ia harus disusuli dgn kesabaran utk menanamkan pemahaman kepada masyarakat. Jika Rasulullah SAW menunggu sehingga 13 thn, barulah segala undang-undang hudud ditegakkan...mengapa tidak PAS?
Kesimpulannya, barisan kepimpinan PAS yg akan datang haruslah dikalangan generasi muda dan profesional...kerana mereka lebih faham tentang realiti masyarakat sekarang.
Wallahua'lam........... (^_^)
|