Friday, December 23, 2005

Banjir Kerana DiBANJIRKAN?

TERBURUK SEJAK 30 TAHUN: Kawasan sekitar Jitra,Kedah ditenggelami banjir


Semasa sibuk dgn Pilihanraya Pengkalan Pasir, ramai yg kutuk Kelantan krn tak pandai uruskan sistem perparitan..hingga menyebabkan Pasir Mas ketika tu terdedah dgn ancaman banjir. Kutuk punyala kutuk..sampai terkeluar dari mulut seorang pemimpin besar di Perlis: "Kalau nak tengok sistem perparitan yg paling canggih di dunia, tengokla Perlis. Bukan setakat canggih, malah tak pernah banjir mcm Kelantan sekarang"

Tup..tup..tup...tak sampai sebulan Pilihanraya tu, Perlis pulak kena banjir. Malah lebih teruk lagi dari Kelantan. Bukan takat teruk, malah MAHA TERUK!! Sure pemimpin Perlis td pon punyala kalut tahap MAHA BERUK!!
Kita semua boleh tgk macamana teruknya banjir di Perlis, sampai disebut dalam berita TV3 umpama macam pulau yg terputus perhubungan dgn jiran2 sebelah.

.................................

Bukannya kanot nak kutuk apa yg berlaku di Perlis tu...tp sekadar renungan bersama.

Bila kita kritik sesuatu benda, jgnla sampai melampau2 dan seolah2 benda tu takkan berlaku pd kita. Seperti apa yg berlaku di Perlis tu, bukan payah pon Allah SWT nak balas 'cash' terhadap apa yg kita sebut.

Begitu jg dgn isu2 lain..mcm isu kemiskinan sekalipon. Dalam paper dan media2 yg lain, semua benda buruk2 ni kebanyakkannya dituju pd Kelantan je..seolah2 Kelantan memang teruk sgt dan tak sesuai didiami oleh mana2 manusia..hanya makhluk asing je leh tinggal di situ. Kecuali kalo BN memerintah, baru la manusia leh tinggal di Kelantan..macam tu ke?

Bila citer bab kemiskinan...semua mata tertumpun pd Kelantan. Padahal cuba kita tonton citer "bersamamu TV3" tu...kebanyakan org miskin yg ditunjukkan tu semuanya dari Kelantan ke? Yg takde makanan sampai kena makan siput babi tu pon dari Kelantan ke?

Bila citer bab banjir lak...sekarang ni Kelantan je ke yang banjir? Nape bila Kedah dan Perlis banjir media tak kutuk BN sebagai penyebab kpd banjir seperti media kutuk Kelantan ketika banjir?

Kanot bertanya kepada sorang pensyarah tu...dia kata;
"Apa yg berlaku di Kedah dan Perlis sekarang sememangnya berpunca daripada kerajaan negeri. Memangla banjir tu 'Act of God', tapi tangan manusia la yg menyumbang kepada banjir tu. Paling ketara, bila banyak kawasan tadahan air sudah dilicinkan...pokok2 ditebang utk pembangunan. So, parit2 sudah tak dpt menampung air yg banyak...maka jd la banjir seteruk skg".

Persoalannya....siapa yg merancang pembangunan? Mestila Kerajaan Negeri dengan diketuai oleh Menteri Besar. Siapa Menteri Besar di Kedah dan Perlis? Nik Aziz ke?

semua org boleh jawab sendiri....kanot malas nak jawab (^_^)