Saturday, December 31, 2005

Kalau MOORTHY BUKAN ISLAM??

Nasib baik Alhamdulillah...Moorthy a.k.a. Allahyarham Muhammad Abdullah telah disahkan menganut agama Islam oleh Mahkamah Tinggi; selari dgn keputusan Mahkamah Syariah.

Dgn merujuk kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Sivil tak boleh campur tangan sebarang perkara yang berkaitan dgn bidang kuasa (jurisdiction) Mahkamah Syariah.

Kanot risau..kerana dlm tuntutan keluarga Allahyarham, mereka mendakwa beliau bukan/tidak memeluk agama Islam krn tak nampak amalan2 yg boleh membuktikan yg dia memeluk Islam (mereka katala..) seperti tak solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Cuba kita renungkan...kalau lah kriteria2 yg disebut (sebagai bukti beragama Islam) itu diambil kira dalam mahkamah, maka ramailah di Malaysia ni akan diiktiraf mahkamah sebagai bukan beragama Islam.....kan?
Malah, mungkin tak terlanjur utk Kanot katakan bahawa mungkin ramai yg akan berpusu2 ke mahkamah utk mendakwa dirinya bukan Islam krn semua kriteria tu tak pernah dibuatnya.

Apa nak herankan... kes murtad bukan main ramai lg sekarang. Terutama minah2 kota dan kampung di ulu sana yg nak kawin dgn mat2 bangla and omputih dan sanggup convert ke agama 'kekasih' diorang tu...asalkan dpt kawin.

Kalau lah kes Moorthy tu diputuskan oleh mahkamah sebagai bukan Islam kerana tak solat, posa dan lain2, maka akan ramailah yg akan guna alasan yg sama di mahkamah utk 'membunuh' agama Islam dlm diri diorang tu. Dasyatkan akibatnya?............

Mujur Hakim yg kendalikan kes tu org Islam...kalo tak, mungkin tak mustahil akan jd mcm kes Meor Atiqulrahman... sebab apa? sebab hakim kes tu bukan Muslim.

So apa moral of the story? Marilah kita yg Muslim ni pakat ramai2 jd Hakim. Macamana caranya? Try mintak borang pendaftaran kat pejabat2 pos berdekatan anda... sure dapat. Dapat apa? Dapat MALU LA.......muahahahahaha (^_^)