Bakal Pen-khutbah di negara kita pada suatu hari nnt?? (^_^)
Sekali kecoh budak2 pro-black metal psl konsert black metal diorang kena serbu polis mlm tahun baru aritu.
Malah, terang2an diorang defend diri diorang dengan mengatakan niat mereka ikhlas utk memartabatkan industri muzik tanah air..serta menggalakkan persaingan perniagaan yg sihat di negara kita.
Aduhai...geli geleman telinga kite ni mendengarnya. Nak memartbatkan industri lah konon..kalu perut2 budak pompuan di situ dimurtabakkan oleh 'pembuat2 murtabak' yg canggih2 kat itu sapa nak bertanggungjawab brader?? You punya industri ke yg nak bela 'anak2 murtabak' tu nnt??
Salah sorang dpd diorang dipetik berkata dlm temuramah dgn TV3:"Ingin ditegaskan di sini, bahawa Black Metal bukanlah Black Mental ataupun 'kelapa hotak hitam', tapi ini adalah muzik semata2. Kami bukanlah 'Besi Hitam' ataupun 'Kepala Hotak Hitam'...jd tak ada masalahnya dgn Black Metal ni".
Sorang lg mangkuk hayun telah berkata:"Sekarang ni media massa yg harus dipersalahkan terhadap mentaliti masyarakat terhadap Black Metal. Semua yg media war2kan kebanyakkannya adalah dipercayai tidak benar...".
So apa yg benarnya? Minum darah kambing utk jd ahli Black Metal tak benar ke? Pijak Quran terang2an oleh mereka yg nak jd ahli tak benar ke? Seks bebas/Pesta seks sesama ahli tak benar ke? Common' la brader...semua tu pengakuan dari ahli2 Black Metal sendiri.
Ataupun bagi mereka semua tu benar...tapi tak menjadi masalah. Sebab smua tu dibuat secara suka rela oleh ahli2nya. Negara kita kan negara Demokrasi? So setiap org ada hak utk buat hal masing2 selagi ia dari kerelaan masing2. Kan negara kita ni moden dgn human right??
Aduhai.....kalo itulah tafsiran mereka tentang 'benar atau salah' black metal ni, maka lg parah la mutu moraliti dan akhlak rakyat Malaysia. Maka lg byk la keja pihak JAKIM nak kena bagi tarbiyyah kat rakyat Malaysia. Bukan takat nak kena bagi penerangan tentang Islam ni pada org2 bukan Islam, ataupun org2 yg baru peluk Islam mcm Moorthy(Allahyarham Mohammad Abdullah)...tp termasuk semua org2 Islam yg kononnya 'Islam', yg masih blur tentang halal haram dlm Islam.
Buktinya, muda-mudi black metal td la...diorang tak nampak salahnya pijak Quran, seks bebas dan lain2..krn bg mereka black metal adalah muzik semata2, dan apa yg dibuat hanya krn ingin memartabatkan industri muzik tanah air..
Aduhai...nampaknya ustaz2 JAKIM takleh la asyik lepak makan murtabak je pasni....
Pakcik Najib dan Pak Lah Imam2 Islam Hadhari pon tahniahlah diucapkan....krn telah melahirkan generasi pemimpin Islam Hadhari yg akan dtg yg amat beriman.................
yg minumnya adalah darah kambing, makanannya adalah kepala kambing, pastu cecah dengan murtabak mamak. SURE SEDAPP!!!!!!!!!
|