Wednesday, September 12, 2007

Babi yang mulia...Ayam turut menjadi Mangsa

Ayam dan Babi....

Kedua-dua binatang di atas adalah makhluk Allah, cuma yang membezakan kedua-duanya adalah faktor halal dan haram untuk dimakan.

Selain dari faktor halal atau haram untuk dimakan, kedua-duanya juga mempunyai kisah tersendiri dalam meniti hidup sebagai antara penghuni di bumi Malaysia yang gilang gemilang ini.




Penternak Babi...
Martabatnya jelas amat mulia di sisi pemimpin Malaysia..
Peristiwa Alor Gajah, Melaka memperlihatkan betapa mulianya para penternak ini hingga sukar untuk disentuh. Pantang tok nenek mahupun tok pek kong dirinya disentuh...kerana diri mereka telah mendapat imuniti dan kekebalan yang ampuh dari pemimpin Malaysia...mengalahkan Datuk Bendahara Malaysia.

Polis...Rela...semuanya dikerah pada hari yang bersejarah itu untuk Operasi Bersepadu mengurangkan jumlah babi daripada 130,000 kepada 48, 000 ekor...
Tapi hasilnya? Operasi tersebut gagal. Operasi besar-besaran gagal sama sekali disebabkan benteng murid sekolah, mahupun bom petrol turut menjadi senjata oleh para Penternak Babi yang mulia itu.

Hairan...pasukan Polis Malaysia yang diiktiraf antara yang terbaik di rantau ini juga terpaksa berundur dek penangan para Penternak Babi yang mulia ini. Apa kah rahsia para Penternak Babi yang mulia ini hinggakan dapat mengalahkan dato'-dato' Polis negara kita?

Hairan....Babi rupa-rupanya lebih mulia di sisi pemimpin Malaysia...
Babi rupa-rupanya lebih mulia berbanding Masjid-masjid dan surau-surau yang pernah diruntuhkan secara paksa oleh pemimpin-pemimpin Malaysia....

Ironinya....kedua-dua jenis Operasi (Runtuhkan Masjid dan Operasi babi) disertai oleh bantahan oleh penduduk-penduduk setempat. Tapi di Malaysia...antara Babi dan masjid, siapa yang menang? ----> Babi yang mulia itu.

Datanglah demonstrasi besar mana sekali pun...mahupun bantahan yang lebih besar dari Operasi Babi itu... nyata bantahan untuk tidak meruntuhkan Masjid tidak terdaya melembutkan hati para pemimpin Malaysia.Nyata Para Pemimpin Malaysia lebih sedih dan prihatin dalam membela Babi-babi di Malaysia berbanding Masjid.

Tahniah rakyat Malaysia....tahniah para muslimin muslimat...kerana Islam Hadhari rupa-rupanya mengajar kita untuk memelihara nasib Babi berbanding Masjid2...

Rupa-rupanya Islam Hadhari lebih mengutamakan nasib para babi yang mulia itu....kerana Masjid apa lah sangat...lepas runtuh boleh bina bangunan lain yang lebih penting. Bangunan apa? Shopping Kompleks? Bukan....Bangunan Babi Kompleks!

**************



Ayam...

Kesian nasib ayam kita...bila Ramadhan, raya, mesti reputasinya gah tiba2.

Ayam tak minta dirinya diperkatakan....dirinya tak ingin menjadi popular...dirinya bukan Babi..bukan Imam Islam Hadhari...tapi hanyalah seekor Encik ayam.

Kenapa harga Ayam tiba2 naik? Salah siapa? Babi lagi? Mungkin juga...sebab di negara kita Islam Hadhari memuliakan Babi...mungkin Dato' Babi mengarahkan harga ayam naik, supaya masyarakat marahkan ayam, salahkan ayam, dan sayangi babi...macam para pemimpin Islam Hadhari tu...yang amat2 menyintai Babi. Mungkin siap ada affair lagi dengan para Datin2 babi.

Salah siapa lagi?
Peniaga kata...pemborong yang bekalkan ayam dengan harga tinggi...
Pemborong kata....penternak yang jual dengan harga tinggi...
Penternak kata...kos dedak naik, transport naik sebab minyak naik, barang2 naik...darah pon naik.

Siapa naikkan naikkan harga minyak? Babi lagi?

Patutla...kesian rakyat Malaysia...benda camtu pon takleh nak pikir lagi....kerana akal mereka telah di"babi"kan oleh Imam2 Islam Hadhari....







PESTA BERIBADAH TELAH BERMULA
HIASI IA DENGAN AMALAN YANG MULIA
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK