Monday, September 24, 2007

Islam Hadhari gagal mendidik pembunuh Nurin Jazlin

Takziah ke atas keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin... moga Allah SWT memberikan kesabaran dalam mengharungi detik-detik yang mendatang...

Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kejahatan Syaitan/Iblis yang bertopengkan manusia itu...

Hanya Allah SWT yang mampu merobek "hikmah" di sebalik kejadian itu...

Hikmah...satu kalimah yang nas dan dalilnya mutlaknya hanya diketahui oleh DIA yang Maha Mengetahui, si Pencipta Alam ini... hanya DIA yang Maha Mengetahui apakah hikmah di sebalik kejadian yang tidak diingini ini...

DIA...hanya perlu berkata "JADI", maka JADI lah ia. Mungkin DIA menjadikan kisah duka dan sadis ini sebagai pembuka minda kepada seluruh insan...terutama kepada mereka yang berimankan Islam Hadhari.

******

Hikmah...

Jika kita befikir barang sejenak, seperti yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW sejak kecil... Mengapa kejadian-kejadian yang berperi-kebinatangan ini masih terjadi tatkala Negara kita acap kali melaungkan kalimah Islam Hadhari dan Negara Islam? Bagaimana di negara kita yang aman ini masih terdapat makhluk-makhluk yang mempunyai sifat binatang ini...yang sanggup membunuh si anak kecil yang tak berdosa itu? Tak adakah rasa kemanusiaan walau sekelumit dalam diri pembunuh itu? Amat celaka dan laknat lah si pembunuh itu...moga-moga pihak polis dapat segera memberkas binatang (yang lebih binatang daripada binatang) ini ke muka pengadilan.

Mungkin Allah SWT telah menulis di Arasy sana...bahawa kejadian ini merupakan hikmah tersirat...

Nurin Jazlin terkorban bukan korban yang sia-sia, tetapi membawa Hikmah yang cukup besar...memberi gambaran kepada kita bahawa ISLAM HADHARI telah MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BINATANG di kalangan manusia, dan bukannya memanusiakan manusia.

Sampai bila kita harus terleka? Adakah kita inginkan satu lagi korban dari Allah SWT barulah kita akan sedar? Moga dijauhkan oleh ALLAH SWT...

Islam bersifat fitrah, yang seharusnya lebih menyerlahkan sifat manusia itu...bukannya menyerlahkan sifat binatang. Tetapi di manakah natijah Islam Hadhari? Ke mana hala tujunya? Tak lain dan tak bukan hanyalah bermatlamatkan politik...bukannya bertujuan mendidik manusia dan memberi gambaran Islam yang sebenar kepada orang bukan Islam.

Maka tidak hairanlah...terjadinya peristiwa "Namewee" yang mendendangkan lagu Negaraku versinya tersendiri yang secara terang-terangan menghina Islam dalam liriknya. Tetapi Namewee mempunyai alasan yang kukuh...bahawa beliau tidak arif tentang bagaimana isu tersebut boleh menyentuh sensitiviti Muslim, menurutnya dirinya hanya ingin mengolahkan ideanya kepada bentuk seni. Bagaimana Namwee ingin faham kalau Imam Islam Hadhari sendiri memutar belitkan Islam itu sendiri.

Kejahilan itu berpunca dari mana? Di mana hala tuju Islam Hadhari?... yang seharusnya menyelesaikan kefahaman tentang Islam dengan lebih meluas, dan bukannya dengan lebih memeningkan masyarakat tentang Islam!


******

Tag by Kimi --->

Ditanya tentang apakah juadah feberet untuk berbuka.

Walaupun harga ayam naik, dan harga babi “kemungkinan” turun (kanot taktau harga babi, itu kena Tanya imam-imam Islam Hadhari) …tapi itu tidak bermakna kanot juga menurut langkah para pembela babi itu dengan memuliakan babi dan makan babi bagi memprotes harga kenaikan ayam.

Kanot masih menjadikan ayam sebagai juadah feberet =)

Namun, agak menghairankan kenapa ada pula sentiment ingin boikot beli ayam apabila harga ayam naik? Dah halal, makan je la. Tak kan nak menghalalkan babi pulak kot…mentang2 lah babi itu mulia di sisi Islam Hadhari.

Seperti yang disebut dalam entry sebelum ini, Encik ayam tidak bersalah untuk dirinya diboikot.

Jika Ayam diboikot, yang menjadi mangsa adalah para peniaga ayam...yang diri mereka seperti insan biasa, berniaga untuk memberi nafkah dan menyara keluarga.

Persoalannya, kenapa tidak "menyerbu" pihak pertama (1st party) yang membekalkan ayam dengan harga yang tinggi? Serbuan hanya dibuat kepada peniaga-peniaga di pasar...sekadar untuk menunjukkan kerajaan "buat kerja". Hasilnya? Masalah masih tak selesai, malah bertambah pening. Taukey-taukey bersorak Hooreyyy!!

Yang harus diboikot dan dan di”anti” sebenar-benarnya adalah para Imam Islam Hadhari yang lebih mengutamakan babi dalam segala hal. Nasib babi dibela, tapi nasib orang-orang Islam yang diharamkan baginya untuk makan babi tergadai. Masalah kenaikan harga ayam dibiarkan, nasib penternak babi pula yang sibuk dijaga.

Terbaru, USAHA PEMINDAHAN BABI KE-3 sekali lagi ditunda ke APRIL 2008...pengumuman yang dibuat sendiri TOK SIAK Islam Hadhari di MELAKA. Hanya kerana inginkan sokongan politik dari para penternak Cina, maka prinsip Islam yang sebenar sanggup digadaikan. Babi punya pasal, tangguh 2 3 kali pon tak apa. Tapi kalau bab runtuh masjid, no kompromi.

Buktinya? Dalam kesibukan kita mengeji sikap para Islam Hadhari yang hipokrit itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas pentadbiran Surau Ar-Rahmah Seksyen 8, di Shah Alam baru-baru ini sebelum menjelang awal Ramadan. Sungguh biadap.

Imam Besar Islam Hadhari SUNGGUH SIBUK mencari…bukan lagi mencari di mana Ghazali, tapi sibuk mencari siapakah pembakar bendera Negara di Batu Buruk.

Isu meruntuhkan masjid… Isu siapa penculik Nurin Jazlin (sebelum dijumpai dibunuh)…adakah itu yang menjadi keutamaan PENCARIAN si Imam itu? Tidak…yang disibukkan adalah membela penternak babi dan mencari siapa yang bakar bendera.

Ya…membakar bendera itu salah. Tapi isu utama dalam meletakkan mana yang lebih penting dari segala yang penting telah dikhianati. Kenapa Namwee yang menghina lagu Negaraku dan pada masa yang sama menghina ISLAM amat mudah dimaafkan? Kenapa tidak diburu Namwee seperti diburunya para pembakar Bendera itu? Persoalan yang hanya boleh ditanya, tapi jangan harap si Imam itu hendak jawab. Sebab Imam itu SEDANG SIBUK MENCARI Ghazali, mungkin tak jumpa-jumpa sebab dihalang Mr Babi. Sekian.





P/S: Kimi, soalan tu dijawab tak? Sori la, ni blog isu/politik, so jawab pon pusing2 kot tu jugak la. Muahahaha.