Saya juga tidak menyokong kepada tindakan umpama taliban, tetapi adalah zalim apabila Faisal Tehrani menyamakan tindakan Pemuda PAS yang membantah persembahan Ella dan MAs Idayu dangdut dengan Taliban...cukup zalim.
Kenapa zalim? Kerana definisi zalim itu sendiri adalah "tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya". Maka, dakwaan menyatakan tindakan PAS yang ingin menghalang maksiat besar itu adalah umpama taliban sememangnya tidak diletakkan pada tempatnya = zalim.
Saya faham apabila ada yang ingin berlagak "liberal" dan kadang-kadang kita terlepas pandang dan terlalu liberal dengan perkara besar seperti maksiat. Seharusnya kita tidak perlu liberal dalam sesetengah perkara dan perlu "keras" bagi menjaga maslahah yang lebih besar. Inilah cabaran kepada para da'ie agar tidak terlalu gopoh dan tidak terlajak kata/tindakan...kerana kita kadang kala terlalu "open minded" sehingga musuh Islam yang licik berjaya mendominasi diri kita. Sepatutnya, da'ie harus dominan kepada masyarakat, tetapi disebabkan sikap terlalu liberal kita itu menyebabkan masyarakat pula yang dominan dan menenggelamkan tujuan da'ie yang ingin berdakwah.
Para da'ie "liberal" kadang kala menggunakan alasan berdakwah secara hikmah bagi menghalalkan cara mereka berdakwah. Namun kadang kala terlupa definisi Hikmah yang sebenarnya bermaksud menyampaikan dakwah secara berkesan dan kena pada tempatnya. Sebab itulah berdakwah secara hikmah itu kadang kala wajar jika sekadar menegur secara lembut dan ringan. Tetapi, jika kena pada tempatnya, berdakwah secara hikmah itu juga kadang kala menghendaki kita berkeras. Hal ini yang selalunya disalah ertikan oleh sesetengah "da'ie" yang berkata dakwah mereka ialah secara Hikmah, yang menafsirkan secara sempit bahawa Hikmah itu adalah "lembut".
Sebab itu lah, tindakan Pemuda PAS yang ingin menghalang persemba
![](http://farm3.static.flickr.com/2239/2266813440_e0538a4039_o.jpg)
![](http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/sultan_sharafuddin_of_selangor.jpg)
Persembahan mereka itu juga bersempena hari kemuliaan Sultan yang merupakan penaung agama Islam di Malaysia...tidakkah malu apabila imej Islam itu dicampur adukkan antara halal dan haram?
Mungkin perlu diperluaskan lagi kepada para da'ie liberal tentang definisi kaedah Fiqh: "Matlamat TIDAK MENGHALALKAN cara"
|