Akhirnya, Ahmad digantung 3 tahun dari keahlian UMNO.
Orang2 Cina masih tak puas hati, minta hukuman undang2 dan ISA pulak dijadikan ganti.
Orang2 Cina masih tak puas hati, minta hukuman undang2 dan ISA pulak dijadikan ganti.
Itulah episod drama kungfu racist yang makin menjadi2 dan tak habis2. Ahmad pulak rilek... apa nak hirau? Setakat kena gantung keahlian bukanlah ada apa sangat pon. Supporter still ramai, kedudukan masih kukuh...malah supporter pulak makin ramai dan kedudukan makin kukuh... kerana 'keris' yang dihunusnya 'menjadi'. Berbeza dgn SAUDARI Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO, keris dihunus dan dicium tapi last2 sorok masuk dalam skirt.
Apabila Ahmad menghukum kaum Cina sebagai pendatang, orang Cina pulak meghukum Ahmad dan keluarganya juga adalah pendatang kerana generasi Ahmad yang terdahulu sebenarnya juga adalah pendatang dari India!
Nah! Sekarang sampai bila nak habis? Aku kata hang pendatang, aku pulak kata hang pun pendatang. Lepas tu gaduh. Lepas gaduh bawak masuk meeting UMNO, kena gantung keahlian 3 tahun. Lepas ni senang la, sebab dah ada 'precedent'... sapa2 ja kutuk kaum lain, maka hukuman maksima pon ialah kena gantung keahlian selama 3 tahun! Bijak sungguh Pok Leh kito!
Di mana puncanya?
Kesimpulan yg aku boleh buat ialah ke semua ini adalah disebabkan landskap politik negara kita sendiri berasaskan kepada perkauman. Tak setuju? Nak bukti?
Lihat saja parti politik yang menaungi Malaysia sekarang. Tidakkah UMNO, MIC, MCA sendiri perjuangan mereka adalah untuk menegakkah hak KAUM mereka? Maka berebut2lah ketiga2 ini untuk menjaga hati hati kaum masing2. Maka, selayaknyalah UMNO MIC dan MCA dinobatkan sebagai juara RACIST di Malaysia. Sebab itulah, selagi ketiga2nya masih wujud, maka isu RACIST tidak akan pupus... malah akan terus mekar dan meruap.
Justeru, untuk menghilangkan isu perkauman ini penyelesaiannya hanya satu... iaitu parti politik yang berasaskan perkauman perlu DIHARAMKAN di Malaysia. UMNO MIC MCA semua tak boleh pakai...hampeh belaka.
Pada mulanya memang lah nampak aman... memang lah aman sebab masing2 ada kuasa dan sedap duduk di kerusi empuk kerajaan. UMNO kentut bau tahik pon MIC dan MCA kata wangi macam kasturi. Maklumlah...baik ada makna.
Sekarang? MCA dan MIC pengaruh mereka makin malap. UMNO tak usah cakap lah... memang dah nak pupus! So, untuk menarik kembali sokongan rakyat, maka mereka berusahalah mereka ini untuk memenangi kembali hati penyokong masing2. Siapa penyokong mereka? KAUM MASING2 LAH!!
Maka, akan bermulalah kutuk mengutuk, keji mengeji antara satu kaum dan kaum yg lain. Maka, akan adalah 'hero' baru bernama Ahmad sekali lagi. Tapi, tak mustahil selepas ini si Ah Meng dan Mutusamy pon nak tunjuk 'hero' jugak. Gaduh2 pon bermula. Kemudian apa akan jadi kepada negara kita?
LU PIKIR LAH SENDIRI!!!!!!!!!!!!
|