Wednesday, August 27, 2008

UMNO ditimpa laknat di Permatang Pauh

Kempen berakhir. Sumpah-sumpah laknat sudah dilafaz. Keputusan pun dah diumumkan. Anwar menang dengan majoriti yang lebih besar dari pihanraya terdahulu.

UMNO berkata Pakatan Rakyat mengkhianati undi rakyat akibat dari tindakan Wan Azizah meletakkan jawatan. Pengkhianatan kah namanya jika pembuangan undi terbaru semalam kepada Pakatan Rakyat bertambah berbanding sebelum 'pengkhianatan' itu? Jika tindakan Wan Azizah adalah satu pengkhianatan kepada pengundi, maka seharusnya undi kepada Pakatan Rakyat pastinya akan merosot. Namun, perkara sebaliknya berlaku. Undi yang diterima lebih dari yang dijangka... menandakan tindakan Wan Azizah bukanlah khianat, tapi adalah mandat dari rakyat!

Nampaknya, UMNO sudah 'dimakan' sumpah. Seorang demi seorang sudah bersumpah laknat... dan doa mereka telah dimakbulkan... UMNO telah terang-terangan dilaknat dalam Pilihanraya di Permatang Pauh.

Undi kepada UMNO juga merosot. Jika diambil kira dengan faktor hujan, kesesakan teruk yang menyebabkan kesukaran kepada pengundi untuk pergi membuang undi, serta tindakan jahat UMNO yang tidak menjalankan hari pengundian undi di hari cuti umum seperti kebiasaan... pastinya UNDI LAKNAT kepada UMNO akan bertambah lagi. Tapi tak kisahlah... jumlah UNDI LAKNAT kepada UMNO sudah memadai bagi menandakan bermulanya hari laknat kepada UMNO.

Laknat yang menimpa UMNO belum lagi berakhir...

Jika hasrat untuk me-MERDEKA-kan Malaysia pada 16 September ini menjadi kenyataan, maka UMNO akan menerima LAKNAT yang lebih besar. Selepas kerajaan UMNO ditumbangkan, tidak mustahil bala LAKNAT akan menyusul pula kepada hipokrit-hipokrit bertopengkan Islam Hadhari di dalam UMNO. Di kala itulah kita akan melihat penangan LAKNAT yang sebenar akibat SUMPAH LAKNAT yang memakan diri.

31 Ogos ini adalah hari ke-Merdeka-an kepada semua rakyat Malaysia. Namun selepas ini, mungkin tarikh kemerdekaan itu akan dipinda, di mana kita akan menyambut hari merdeka yang lebih besar dan lebih bermakna kepada semua umat manusia di Malaysia... iaitu MERDEKA nya kita dari penjajahan laknat UMNO.

MERDEKA!!!