Wednesday, August 20, 2008

Sumpah Liwat vs Pendakwaan Liwat= Reasonable Doubt?

ALip Lam Lam Ha! Sapa amik dia berdosa!

Itu adalah sumpah zaman aku budak-budak dulu. Kalau nak chup (booking) satu-satu benda ka... kerusi kat kelas ka... coklat ka... mainan ka... maka 'sumpah' itu digunakan. Maka budak-budak lain semua takut nak pegang, sebab takut masuk neraka. Wah, kecik2 dah pandai takut masuk neraka. Tapi masa aku kecik-kecik dulu, takdela yang sumpah macam tu sebab dia kena liwat hahaha. Tapi sekarang nampaknya sumpah2 ni dah jadi mainan mulut... dah jadi bahan ketawa.

Anyway, sumpah Sepol Al-Liwat sudah well-known di kalangan semua manusia mahupun makhluk seantero alam. Lantak lah dia, nak sumpah ka, jadi sesumpah ka, itu dia punya pasal. Tapi macam kata pakdi, kita takut sumpah laknat dia tu ter'laknat' sekali dgn orang2 sekeliling..nauzubillah.

Cuma, banyak keraguan dan kesan fizikal akibat dari sumpah tu yang dapat aku perincikan di sini...

1) Siapa Ramlang Porigi? Mengikut laporan media, si Ramlang Porigi ini adalah Imam Masjid WIlayah Persekutuan yang menjadi saksi kepada sesumpah Sepol Al Liwat. Tapi mengikut rekod, berikut adalah info yang relevan siapa kah gerangan Ramlang Porigi itu:-

Info 1 - Timbalan Penyelia : Us. Ramlang bin Porigi
H/P : 019-356 9680/012-5708143

Info 2 - Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Ramlang bin Porigi
Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam
Telifon : 03 6201 8780 ext :158

Dari sumber diatas tak de satu pun yang mengesahkan bahawa individu bernama Ramlang bin Porigi ni memegang jawatan Imam Masjid Wilayah dan cuma ada 3 nama yang memegang jawatan Imam Masjid Wilayah - 1 jawatan Imam besar & 2 Imam sahaja.mereka-mereka yang memegang jawatan Imam ialah :-

Cawangan >> Pejabat Imam Besar
Nama : Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh
Jawatan : Imam Besar
Talian Terus :03 6201 8780 ext :137

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Moghni bin Israni
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :123

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :142

(sumber info dan gambar: Tranungkite.net)

Menurut Pengarah Jawi iaitu Che Mat Che Ali, kehadiran dirinya ke majlis sumpah itu adalah bertujuan supaya semuanya dibuat secara teratur. Pigirah! Sapa Imam Masjid tu sendiri sendiri hang tak kenai... ada hati nak 'inter frame'?? Pengarah JAWI apa hang ni?! Pengarah tulisan jawi kot...

2) Sesumpah yang dibuat Sepol mengatakan kejadian liwat itu adalah secara paksa. Tapi pertuduhan yang dibacakan kepada Anwar adalah liwat secara sukarela. Jadi mana satu yang betul? Memang lah pendakwaraya mempunyai bidang kuasa untuk meminda pertuduhan sepertimana yang dibuat dalam kes Liwat no. 1 dulu, tapi persoalannya ialah secara jelas terdapat percanggahan antara pengadu yang membuat aduan kepada pihak polis dan juga pihak pendakwaraya yang membuat pendakwaan di mana kedua-duanya perlulah selari dan bukannya bercanggah antara satu sama lain. Untuk lebih jelas, ia haruslah begini:

Aduan + Siasatan + Pendakwaan = Pertuduhan

Maka, seharusnya --->
Aduan (dari si pengadu) selari dengan Pertuduhan


Tapi, sekarang ia jadi begini --->
Aduan (dari si pengadu) bercanggah dengan Pertuduhan.


Tak ke pelik jadinya? Bukankah Pertuduhan lazimnya sumber asasnya adalah dari aduan dari si pengadu? Bagaimana Pertuduhan boleh mengatakan Liwat tersebut adalah secara sukarela sedangkan Saiful mengatakan ia adalah secara paksa? Nampaknya pihak yang 'mencipta' pertuduhan itu lebih 'arif' dan 'mengalami sendiri' bagaimana liwat-meliwat itu terjadi.

3) Point yang lebih penting adalah... menurut undang-undang, beban pembuktian untuk kes jenayah perlulah 'beyond reasonable doubt'... dan sebarang keraguan membawa kepada gugurnya sesuatu pendakwaan. Ingat lagikah kita kepada kes Norita? Kes tersebut digugurkan oleh Mahkamah Tinggi kerana Pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie di mahkamah setelah pihak Pembela berjaya membangkitkan keraguan yang munasabah tentang keterlibatan Tertuduh (Hanif) dengan kematian Norita.

Tapi, dalam kes Sepol Al Liwat ini, si Pengadu itu sendiri telah menimbulkan keraguan yang munasabah apabila 'sumpah yang diakui sah oleh UMNO dan Mufti Wilayah Persekutuan" itu yang dibuat oleh Pengadu sendiri jelas bertentangan dengan Pertuduhan yang dibacakan. So... apa kes?!

Kesimpulannya, aku berpendapat pihak yang paling pening dalam kes ini ialah pihak Pendakwaan. Belum jalan bicara lagi dah macam-macam yang timbul. Tapi yang pastinya, Sepol Al Liwat confirm akan di'jolok' habis-habisan oleh Peguam Pembelaan masa sesi perbicaraan nanti...untuk melihat sejauh mana pungkoq itew dijolok...awwww