Tajuk di atas adalah kesimpulan yang dapat aku buat SELEPAS forum kontroversi itu tamat.
Sebenarnya, aku juga hadir masa sesi demonstrasi tersebut. Mula2 agak keberatan untuk pergi, dan was-was sama ada tindakan aku betul atau salah. Tersepit pon ada jugak... sebab aku juga seorang peguam dan ahli kepada BAR Council. Tapi, bila teringat tentang pandangan Tuan Guru Nik Aziz bahawa forum itu tak patut dibuat, maka ia seakan-akan fatwa kepada aku untuk turut serta dalam demo itu.
Bila sampai, yang aku nampak puak2 UMNO start bertakbir tak henti2 (walaupun sebelum ni depa cukup fobia dengan takbir). Ucapan2 dari wakil depa pon dah mula start. Tapi...mana puak2 pemuda PAS? Aku biasa ikut demo sebelum ni, tapi demo kali ni macam tak ada 'jiwa' dan macam merapu.
Setengah jam lepas tu, barulah kumpulan PAS tiba... and diorang join jadikan satu group.
Keadaan mula jadi kelam kabut... cabar mencabar bermula... sampai perkataan bodoh, carut mencarut dan macam2 lagi perkataan yg aku tak sanggup nak sebut kat sini dah keluar. Aku dah start rasa tak best. Bukannya apa... sebelum ni aku duk kutuk2 UMNO memang la best... tapi sekarang aku duk berada dalam group diorang pulak yang tengah tak abis2 mencarut.... apakadehal?
Aku terus keluar, dan terus masuk dalam kawasan yang 'dipagar oleh polis' untuk terus jadi pemerhati. Aku berdiri betul2 dekat dengan zulkifli nordin yang masa tu tengah duk menjerit2 dekat wakil bar council... dan dia disokong pulak oleh sorang mamat UMNO. Aku diam je dan sempat shot gambar 4 5 das masa 'sesi hangat' tu. Akhirnya, polis benarkan diorang naik untuk berhentikan forum tu. Masa tu lah SB semua perasan aku tiba2 je muncul kat situ...ni mamat mana plak kat sini ni???(macam biasa hahaha)... dan terus dengan macho nya aku dibawa turun...hahahah. Masa tu baru aku perasan, rupa2nya ramai2 yang ada keliling aku masa kat atas tu yang pakai tag 'media' dan bimbit kamera sebenarnya adalah SB! Aku je yang bukan SB kat situ! Mana aku tau... aku ingat depa semua press! Ampeh!
Dipendekkan cerita, seperti yang semua tau, forum itu telah berjaya 'diarahkan tamat' pada pukul 10 pagi. Dekat2 pukul 11 pagi aku pon balik.
Kesimpulan yg aku buat mengenai demo tu---> TAK BEST! Tak best sebab beberapa sebab:-
1) Ini adalah demo pertama yang aku diperdayakan dan bersekongkol dengan puak2 UMNO yang tak reti adab dan etika ber demo.... walaupun Ketua Pemuda PAS pon ada kat situ.
2) Banyak unsur2 18SG sepanjang demo. Kalau 18SX maybe kimi pon sanggup turun dari Perak.
3) Lebih banyak fitnah kepada Islam selepas demo itu.
4) UMNO ambil kesempatan untuk cari populariti kononnya depa lah juara pejuang hak2 islam... padahal depa lah yang banyak rosakkan islam. Contoh? Isle Hadhori la POk Leh!!!
5) Rakyat sendiri kurang arif mengenai hala tuju dan matlamat sebenar forum tu. Nak baca lebih lanjut, klik blog --->Hanipa Maidin. Walaupun tak semua pendapat Hanipa aku setuju, tapi ada yang betul. Bagi aku, 'tajuk' forum itu sendiri yang mencetuskan kontroversi dan kekeliruan kepada ramai orang...tak kiralah walau apa pun niat sebenar di sebalik penganjuran forum itu.
6) Sepatutnya demo sebegini memberi 'amaran' kepada puak2 kafir pejuang human rights supaya jangan sentuh kesucian agama Islam dan perlunya rasa hormat antara satu sama lain dalam mengamalkan dan menganuti agam masing2... tapi hasilnya lepas demo tu imej Islam tercemar dan ramai yang benci kerana sikap kita yang tak profesional... akibat daripada kelemahan strategi penganjur demo sendiri.
7) Memanglah penganjur demo 'berjaya' memberhentikan forum itu (secara paksa), tapi ia hanyalah perancangan 'segera' bagi menghalang puak kafir human rights supaya jangan mengganggu hak2 Islam...tapi ia hanya untuk jangka masa pendek... di mana kita terlupa misi jangka masa panjang yang lebih besar iaitu untuk memberi pemahaman sebenar kepada rakyat Malaysia tentang imej Islam yang 'sebenar'.
Cuma, apa yang aku ingin persoalkan ialah... aku yang juga seorang Peguam tertanya2 apakah justifikasi Bar Council untuk buat forum itu? Adakah semua Peguam bersetuju dengan tindakan Bar Council? Ini bukannya satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa BAR dari KL ke... NGO lain ke... tapi penganjurnya adalah satu pertubuhan yang menaungi keseluruhan Peguam di Malaysia. Seharusnya, forum yang 'kontroversi' sebegini perlulah mendapat mandat yang besar dari ahli2 yang lain. Hasilnya? Peguam2 lain yang tak tahu hujung pangkal pun dicalit dengan tahik jugak setelah semua rakyat digula2kan oleh media2 UMNO.
PAS juga perlu berhati2 supaya tindakan mereka tidak dibayangi dan dicalit tahik disebabkan terpedaya dengan muslihat UMNO. Biarlah mereka bergelumang dengan tahik2 mereka sendiri. Hasilnya? Imej PAS sendiri difitnah dan sedikit sebanyak terjejas sama.
Apapun, kata-kata khas buat YB Zulkifli Nordin... walaupun hang dah hilang entah ke mana...tapi aku just nak cakap anda agak mengecewakan ramai pengundi Parlimen Kulim/B.Bharu setelah terserlahnya 'sikap sebenar' anda ketika demo itu...(termasuk aku... huhuhuhu)... di depan mata kepala hotak aku sendiri pulak tu! isk isk isk....
P/S: Lebih kecewa apabila yang bergaduh antara 'wakil' demo dan wakil Bar Council kedua2 nya adalah Muslim....camna tu?
|