Hari ini macam biasa FRU dan Polis ramai-ramai mcm semut berkumpul di Kl High Court... di hari pertama Sebutan di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di mana Anwar dibacakan pertuduhan.
Kebetulan, aku ada matter di Kl High Court dan matter aku habis awal. So, aku ambil peluang nak rasa macam mana masuk dalam group 'Reformasi' untuk iring Anwar. Anwar tiba di Mahkamah jam 9.45 pagi dan dijadualkan Sebutan di Mahkamah akan bermula pada jam 10.00 pagi. Sesampainya di Mahkamah, Anwar buat press conference ringkas sebelum bergerak ke Mahkamah. So... lepas habis sesi dengan press, aku pon decide just nak tengok2 kat luar Mahkamah Sesyen Jenayah 1 tu sebab rasa macam tak boleh masuk dalam Mahkamah dengan Anwar... maklumlah, orang ramai. Lawyer Anwar sendiri dah 9 orang. Lawyer Sepol Al-Liwat dalam 2 orang. Wakil AG dalam 4 org. Tapi yang paling aku kagum dan takjub adalah bila salah seorang lawyer Anwar adalah class mate aku dulu... Razlan. Pergh... sekurang2nya adalah jugak member yang boleh ambil pengalaman dalam kes besar yang macam ni.
Nak dijadikan cerita, masa aku keluar dari lif yang agak terpencil di hujung Mahkamah untuk ke Mahkamah Sesyen... aku 'termasuk' dalam group yang bawak Anwar... dan aku terus diheret sama dalam Mahkamah dengan keluarga2 Anwar/Pimpinan2 Pakatan Rakyat. Cuak dan gelabah tu usah cerita la... depan aku Anwar, sebelah dia Azizah, sebelah aku Lim Guan Eng, Dr Lo' Lo', Husam Musa, depan sikit lagi Nurul Izzah dengan laki dia dan anak beranak yg lain... dan aku siapa? Tapi sebab ramai sangat (rapat2 macam tawaf kat Mekah), aku pon hanya ikut arus. Dan mungkin sebab aku pakai bip (sebab baru balik matter High Court), maka aku juga terus 'dimasukkan' ke dalam Mahkamah dan duduk bersama-sama keluarga Anwar dan Pimpinan Pakatan Rakyat yg lain. Depa semua usha pelik kat aku... mamat mana ni? Bila dia ni jadi Lawyer Anwar? Tapi selepas aku introduce siapa 'diri aku' kat Dr Lo' Lo', barulah depa senyum dan boleh borak2 dgn aku. Maklumlah... depa semua masih trauma dan berhati2 dgn org yg tak dikenali akibat kes Sepol Al-Liwat yang juga tak dikenali sebelum ni dan buat terus buat dajjal kat Anwar. Tapi melihat reaksi depa bila melihat muka aku, mungkin mereka lagi kompiden dengan aku sebab macam tak logik je muka macam aku ni nak tuduh Anwar liwat aku...geli~hahahah!
Aku berdiri betul2 belakang kandang Tertuduh dan belakang Anwar. Anwar pon hairan macam mana aku boleh ada kat situ. Tapi aku senyum ja kat dia dan tunjuk jari 'best' kat dia... pastu dia pon angguk dan senyum. Aduii... kekwatnya aku....
Hakim in-charge untuk Sebutan dan pertuduhan ialah Puan SM Koomathy. Aku biasa appear depan dia masa dia masih di Mahkamah Sesyen Sivil. Bagi aku, Puan SM Koomathy memang 'cool' dan sempoi.. so aku agak paling kurang Puan akan bebaskan Anwar dengan Bail.
Dipendekkan cerita... masa sesi pertuduhan... Anwar mengaku tak bersalah dan kata ini adalah Fitnah jahat dan pohon dibicarakan.
Masa sesi pohon Bail, Pendakwaraya tiada bantahan dengan syarat Passport Anwar ditahan. Mulanya, Peguam ANwar yang diketuai Tuan Haji Sulaiman tiada bantahan dengan syarat Passport ditahan... tapi kemudiannya Anwar arahkan peguamnya untuk membuat bantahan.
Pendakwaraya cuba untuk mempertahankan syaratnya itu. Tapi yang best nya, Hakim tanya atas alasan apa Passport Anwar perlu ditahan? Dan Pendakwaraya kata Anwar 'berkemungkinan' melarikan diri dan mengganggu siasatan. Perkataan 'berkemungkinan' itu menyebabkan semua yg hadir gelak. Hakim tanya pada Pegawai Siasatan adakah Anwar memberi kerjasama sepanjang siasatan... dan jawapannya ialah 'Ya'.
So, Hakim memutuskan bahawa tidak ada bukti dan petanda yang menunjukkan Anwar akan lari kerana Anwar sentiasa memberi kerjasama sepanjang siasatan. So, Hakim memutuskan Anwar hanya dikenakan 'Personal Bond' sahaja! Semua yang hadir tepuk tangan dan bersorak. Sebutan seterusnya ditetapkan pada September ini. Maknanya, Anwar akan ada sepanjang tempoh Pilihanraya Kecil Permatang Pauh bulan ini.
Kesimpulannya, aku lihat senario Sandiwara kedua mengenai Pertuduhan Liwat kali ini tak sama dengan Sandiwara pertama pada 1998 dulu. Mahkamah dilihat lebih adil dan rasional. Berbanding 1998, Anwar dinafikan haknya untuk dijamin dan terus dihumban ke tirai besi tanpa alasan yang munasabah oleh Mahkamah. Tapi kini, Mahkamah dilihat lebih rasional, bebas dari sebarang anasir hasutan UMNO HAdhari dan lebih adil. Moga2 reputasi Mahkamah akan terus meningkat dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
So, mari kita akan lihat apa lagi kejutan yang berlaku dalam kes ini pada masa akan datang. Adakah Pak Lah, Najib, Rosmah dan Sepol Al-Liwat akan terus hangat pungkor(punggung)? Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Adios!

|