Wednesday, July 30, 2008

Isra' Mikraj dan Malaysia Ku

Isra' Mikraj? Bila masa pulok Kanot ni ber'title' ustaz nak bercerita pasal agama nih?

Ya.. rilekk... dont worry... walaupun diriku bukanlah seorang ulama' yang faqih dan terror(ist) tentang bab2 hukum hakam dan sejarah islam, tapi tidaklah salah bagiku untuk berkongsi dan menyebarkan ISlam... malah ia lebih dituntut pula lagi.. lagi2 pulok ia bersempena dengan bulan Rejab yang terkenal dengan peristiwa bersejarah Isra' Mikraj... ye tak?

Bersempena bulan Rejab ini juga, ramai yang ingin mendapat 'kebih keberkatan' dengan membuat amalan2 extra di bulan ini seperti memperbanyakkan amal ibadah, bertahajjud, berpuasa dan lain2 lagi. Berkenaan dengan pendapat alim ulamak tentang 'amalan berpuasa dan amalan2 lain yang ditegah seperti berpuasa di bulan Rejab ini, para ulama' salaf telah menggariskan beberapa perkara di mana ramai yang mengamalkan 'amal ibadah' yang tiada dalam sunnah... seperti amalan berpuasa sunat di bulan Rejab. Saya bukanlah alim tentang perkara sebegini, tetapi jika anda ingin tahu lebih lanjut, silalah membaca Amalan palsu di bulan Rejab oleh Al Fadhil Uztaz Abdul Razak di blognya.

Malah, jangan terkejut jika ada orang Islam yang tidak percaya kepada peristiwa Isra' MIkraj ini dan berpendapat ia adalah cerita palsu dan israilliyat. Ingin menguji minda anda tentang perkara yang dibangkitkan puak2 anti hadis ini? Sila baca posting oleh Sasterawan Negara Azizi Abdullah di blognya (bekas cikgu aku hehe).

Sekarang kita kembali pada tajuk kali ini. Rasanya semua dah tahu serba ringkas tentang peristiwa bersejarah itu di mana Baginda Rasulullah SAW diangkat ke langit di kala baginda sedang berhadapan dengan 'period' kedukaan yang teramat... iaitu perginya isteri dan bapa saudara baginda yang amat dicintai.

Ok.. point yang ingin dibawa di sini bukanlah tentang peristiwa keberangkatan baginda ke langit dan peristiwa2 yang berlaku ketika tersebut, tapi lebih kepada bagaimana keterimaan 'rakyat' ketika itu tatkala Baginda pulang dari Isra' Mikraj dan bercerita tentangnya. Orang pertama yang mempercayainya tidak lain dan tidak bukan ialah Saidina Abu Bakar... yang terus dinobatkan dan digelar As Siddiq (yang membenarkan) kerana sikapnya yang terus membenarkan cerita Baginda itu di kala rakyat jelata sukar untuk mempercayainya.

Pada masa itu tidak ada teknologi canggih seperti Kapal terbang, Roket, mahupun belon terbang... tapi rakyat jelata ketika itu 'curious' tentang kehebatan 'Buraq' yang mempunyai kelajuan sedemikian rupa sehingga Baginda mampu pergi dan pulang dari langit hanya dalam satu malam. Tapi tidak ada yang mampu mengganggu gugat keimanan Saidina Abu Bakar As Siddiq untuk mempercayai Rasulnya itu. Keteguhan iman Saidina Abu Bakar itu yang sentiasa membenarkan Rasulnya sememangnya layak dipuji dan diiktiraf untuk dicontohi kita semua ummat akhir zaman ini

***************

Baik... sekarang kita kembali kepada isi utama posting kali ini yang seperti biasa akan membuat ulasan sarkastik tentang isu semasa negara... tetapi kita kaitkan sedikit dengan pedoman di atas.

Banyak isu sekarang ini yang memerlukan kita untuk membuat keputusan seperti Saidina Abu Bakar... iaitu sama ada untuk membenarkan atau tidak. Jika Saidina Abu Bakar secara pantas membenarkan cerita Baginda berdasarkan imannya kepada Rasulnya, bagaimana pula dengan kita rakyat Hadhari ini untuk mempercayai segala isu2 Hadhari yang terlalu banyak untuk kita 'benarkan' atau tidak? Atas dasar apa untuk kita benarkan? Atas dasar Iman yang sebenar-benarnya seperti Saidina Abu Bakar atau atas dasar Iman Hadhari?

Tentang hasrat UMNO Hadhari yang ingin mengajak PAS bergabung bagi membentuk pakatan tersendiri... perlukan kita percaya dan membenarkan hasrat 'murni' itu? Terbaru, setelah cubaan memikat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak untuk membuat kerajaan baru, kini UMNO Hadhari Pahang pulok cuba memujuk PAS Pahang untuk bersama2 membentuk kerajaan... boleh percaya ke bang?

Semuanya rentetan dari pengumuman Pak Lah Hadhari yang mengatakan telah ada tiga pertemuan dengan pimpinan PAS yang dikatakan 'boleh membuat keputusan'. Arahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dari isu itu pula adalah terus menutup fail tentang muzakarah, dan yang ada hanyalah MUqabalah. Isu pertemuan 3 kali itu juga sebenarnya menjadi isu hangat di kalangan ahli PAS yang tidak berpuas hati tentang pertemuan dengan UMNO Hadhari itu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz nyata tidak lagi 'percaya' tentang niat 'murni' UMNO Hadhari itu. Sudah banyak sejarah yang mengajar PAS mengenai sikap UMNO... termasuk peristiwa hitam ketika kedua-duanya pernah bergabung sebelum ini.

Layanan UMNO Hadhari kepada Kelantan sejak hari pertama pemerintahan Islam PAS juga tidak melayakkan mereka untuk mencium tangan PAS, hatta menjilat ibu jari kaki PAS sekalipun. Malah, tindakan Pak Lah Hadhari yang terus membatalkan kontrak projek pelancongan 5 negeri Pakatan Rakyat juga boleh menjadi kayu pengukur... layakkan mereka untuk dipercayai? Masih adakah di kalangan pemimpin PAS yang sedia menjadi As Siddiq terhadap hasrat 'murni' Pak Lah Hadhari untuk bergabung dengan PAS?

Isu Najib-Rosmah-Altantunya juga belum selesai.

Bala membuat 3 keterangan berbeza-beza... satu keterangan lisan bersumpah di Mahkamah, dan dua lagi melalui Surat Akuan. Ironinya dia adalah SAKSI PENDAKWA PERTAMA, tapi yang UTAMA itulah membuat keterangan berbeza-beza. Tapi, Mahkamah menolak permohonan Karpal Singh untuk memanggil semual Bala ke Mahkamah... dan Mahkamah memilih untuk meneruskan dengan perbicaraan yang berjalan kini.

Betul ke Najib-Rosmah ada kaitan dengan Altantunya? Blog Malaysia-Today oleh Raja Petra 'dikatakan' sempat menyiarkan satu gambar Altantunya bersama-sama dengan isteri seorang Pemimpin Negara... tapi hanya untuk seketika saja. Ramai yg terkejut! Apabila Media bertanya kepada Raja Petra berkenaan gambar Altantunya dengan R***** itu, Raja Petra menafikan ada mengeluarkan gambar sedemikian.

Najib-Rosmah menafikan berkali2 mereka ada kaitan dengan Altantunya. Jadi kita semua ingin menjadi As Siddiq kepada siapa? Bala? Najib-Rosmah?

Isu Saiful al-Liwat juga mencuri perhatian.

Tatkala Polis berdegar-degar mengatakan mereka sedang 'sibuk' mencari petunjuk dan bukti baru terhadap isu Saiful al-Liwat, Allah SWT telah mengabulkan hasrat murni pihak Polis di bulan Rejab ini apabila satu laporan perubatan dari PUSRAWI tersebar yang melaporkan Saiful al-Liwat TIDAK DILIWAT! Habis, apa yang menyebabkan Saiful al-Liwat yang membuat pemeriksaan kerana sukar untuk Berak itu terus membuat justifikasi bahawa ia adalah kerana dirinya pernah diliwat? Susah BERAK saja terus confirm sebab pernah kena liwat? Wah... nampaknya ramai yang susah BERAK kat dunia ini bukan kerana sembelit...buasir...tapi kerana dirinya diliwat. Awwww...

Tidak kah laporan perubatan itu merupakan petunjuk yang dicari2 oleh Polis selama ini? Petunjuk apa lagi yang ingin dicari? Mungkin mereka menunggu salah seorang dari penyiasat mereka di "Isra' Mikraj" kan ke langit.

Sekarang kita ingin menjadi As Siddiq kepada siapa? UMNO? Polis? Saiful al_Liwat? Anwar Ibrahim? Laporan perubatan PUSRAWI? Laporan perubatan HKL yang masih belum didedahkan? Pak Lah? Najib? Rosmah? Bala? Wallahu a'lam...