Monday, October 20, 2008

Pak Lah 'kini' Sudah GARANG

Terkejut bila tengok berita, baca paper... Pak Lah sudah lain lah!

Bukanlah lain sebab dah buat facial treatment ka... plastic surgey ka... makan tempe mcm khir toyo nak bagi muka tegang ka... tapi lain dari segi approach bila di media!

Sekarang Pak Lah sudah berani meninggikan suara, dan yang paling menarik dia sudah berani attack Che Det dan Muhyiddin Yassin secara direct!

Pasal komen Che Det utk 'hapuskan' team Pak Lah dlm kabinet pemilihan akan dtg, Pak Lah kata...
"Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhak mengarah ahli Umno dalam menentukan pemimpin yang layak dipilih menerusi persidangan Umno bahagian kerana bekas Perdana Menteri itu bukan ahli parti."
"Siapa Tun yang sudah keluar Umno cuba nak buat arahan kepada orang Umno mengenai apa yang patut dilakukan? Umno tak perlu arahan orang yang tidak berada dalam parti lagi.

"Dia berlagak sebagai pengarah pemilihan parti, menentukan orang itu boleh pegang jawatan itu dan ini. Apa hak dia buat begitu,"


Berkenaan dengan gesaan Muhyiddin yang utk percepatkan pemilihan pulak, Pak Lah kata...

"Dia tak endah sangat keputusan yang dah dibuat. MT sudah setuju. Najib dengan saya sudah ada persetujuan,"

Wah... lain kan?

Dulu Pak Lah diam je... tak pon selalunya Pak Lah akan guna ayat2 yang lebih diplomatik. Tapi skg Pak Lah sudah tunjukkan taring! Sudah tidak gunakan ayat2 pondan lagi! haha

Yang pastinya, Pak Lah semakin 'garang' bila ada gesaan mengkuburkan team Pak Lah.. bukannya ethnic cleansing... tapi 'team cleansing!' Wah... semakin menarik nampaknya.

Sekiranya rancangan Che Det utk 'Pak Lah team cleansing' itu berjaya, maka nampaknya akan berakhirlah era Khairy & Co dan akan bergantilah 'budak2 tingkat 4' nanti dgn team baru... perghh... memang menarik...

Tapi dlm keadaan Pak Lah semakin 'garang ni, Pak Lah akan biar ke rancangan Che Det tu biar macam itu saja?

Hmm.. peralihan kuasa bulan Mac 2009 nanti pon kira 'lama' jugak sebenarnya... macam2 boleh jadi antara sekarang dan Mac 2009 tu.

Kes Raja Petra pon (walaupun dia telah di 'ISA-laknat'), tetap juga berjalan. Ini pon pelik... selalunya kes2 tahanan 'ISA-laknat' ni akan senyap begitu je... jarang2 dibawa ke Mahkamah... tapi kes Raja Petra ni lain sikit, cepat juga dia jalan... nak kejar apa ek? Nak setelkan cepat2 sebelum Mac 2009 kot?

Hmm... plot2 cerita ini semakin menarik. Kita nantikan saja apa akan berlaku menjelang Mac 2009... hehehe. Wah!!