Menurut malaysiakini.com, PAS 'kini' yakin kepada plan 916 Anwar Ibrahim... maknanya... dulu memang PAS tak yakin pon kepada plan 916 (?)
Hakikatnya, PAS memang berpecah dua... satu kumpulan bersikap pro-916; yang dipelopori puak khalid samad... dan satu lagi bersikap 'tunggu dan lihat'; yang dipelopori puak mustafa ali. Tapi, lepas meeting siasah PAS, mereka 'kini' bersepakat untuk yakin kepada plan 916 itu.
Lepas meeting siasah PAS, 'dikatakan' bahawa isu ini sudah selesai... dan rata2 ahli PAS boleh menarik nafas lega. Tapi hakikatnya ia belum selesai, bilamana khalid samad belum puas dengan gelanggang debatnya...mungkin menunggu Presiden PAS sendiri berdebat dengannya. Jadi, benarkah ia benar2 selesai... terutamanya kepada pimpinan PAS?
Rata2 penulisan puak yang pro kepada khalid samad pula masih lagi 'berbekas' dalam hati mereka terhadap isu terdapat segelintir pimpinan teratas PAS yang telah membuat perjumpaan secara 'sulit' dengan Pak Lah dan konco2nya... dan mereka ini dituduh gila kuasa kerana 'terpedaya' dengan pujuk rayu Pak Lah dan konco2nya.
Wahai pimpinan PAS... bila nak selesai?
Seharusnya, PAS mungkin perlu menggunakan majlis hisbah kepada mana2 pimpinan PAS yang masih berterusan mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'lari' daripada keputusan parti. Namun, PAS terlalu berlembut... terlalu bersikap terbuka dan akhirnya semua pekung di dada memang benar2 telah terbuka....hingga mencemarkan imej PAS sendiri. Blog peribadi telah digunakan sewenang2nya untuk menegakkan pendapat peribadi, yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan kekeliruan di kalangan ahli parti. Adakah ini yang menjadi hasrat parti?
Jika benar isu ini selesai... bersikaplah seperti ia telah selesai... dan jangan lagi mengeruhkan suasana dan berterusan mengungkit kisah lama. Nak gaduh ke, bertumbuk ke, selesaikan lah dalam mesyuarat... tak payah lah ungkit sampai ke luar sampai habis bogel nampak kat orang luar. Malu.
|