Tahniah kepada Mahkamah Tinggi Malaya dan Institusi Kehakiman keseluruhannya. Nampaknya semakin lama, semakin nampak ketelusan Institusi Kehakiman Negara kita.
Dalam kes Altantunya, Mahkamah sememangnya telah mendapati Razak Baginda layak untuk dibebaskan. Menurut latar belakang kes, Razak Baginda dikatakan mengarahkan Sirul/Azhar untuk membunuh Altantunya. Namun Mahkamah mendapati sebaliknya, Razak Baginda tidak berkaitan, maka dia dibebaskan.
Dalam hal Sirul/Azhar, biarlah Mahkamah yang memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak.
Namun persoalannya, jigsaw puzzle kes ini nampak mcm tak lengkap. Razak Baginda pada mulanya dituduh sebagai pihak yang mengarahkan Sirul/Azhar untuk membunuh Altantunya. Kemudian Mahkamah memutuskan sebaliknya. Ok, selesai. Tapi siapa yang menjadi pihak yang harus mengisi tempat yang ditinggalkan Razak Baginda yang dibebaskan itu... iaitu SIAPAKAH YANG MENGARAHKAN SIRUL/AZHAR?
Kes ini mengimbau kembali ketika kes pembunuhan Norita, di mana Hanif Baseri dibebaskan. Tapi siapa 'pihak' sebenar yang membunuh Norita senyap hingga sekarang. Jadi, adakah perkara yang sama berlaku dalam kes Altantunya ini...iaitu ada 'pihak' yang terlepas begitu sahaja?
Keadilan di Institusi Kehakiman sudah selesai. Nampaknya beban untuk membawa 'pihak' yang sebenar telah dikembalikan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya... demi keadilan untuk Razak Baginda yang teraniaya sekian lama dalam tahanan dan juga demi keadilan untuk Altantunya dan keluarganya.
Tiada siapa tahu bila Jigsaw Puzzle ini akan dilengkapkan...mungkin ia akan dibantu oleh kes yang dihadapi Raja Petra kini...dan mungkin Jigsaw Puzzle ini akan lengkap menjelang MAC 2009... siapa tahu...?

|