Rakyat Amerika akhirnya memilih Barrack Obama menjadi Presiden mereka yang baru. Ramai yang telah memperkatakan mengenai Pilihanraya Presiden itu, baik sebelum atau selepas.
Kita juga boleh mengambil beberapa intipati dari senario Pilihanraya tersebut dengan senario politik di Malaysia untuk dibuat beberapa perbandingan. Pada dasarnya, memanglah kita tak boleh samakan sistem yang diamalkan di sana di Malaysia. Di Malaysia kita tidak mengamalkan pemilihan untuk siapa yang akan menjadi Perdana Menteri. Jika ia dilaksanakan, rasanya Pak Lah dan Najib memang antara 'underdog' yang agak susah untuk memancing hati rakyat... Pak Lah dengan tidurnya, dan Najib dengan pelbagai tuduhan skandal yang masih misteri.
Tetapi mari kita lihat dari perspektif berbeza... iaitu mood mengundi di kalangan rakyat Malaysia untuk kita bandingkan dengan di Amerika.
Pertama, kita dapat lihat rakyat Amerika berani untuk berubah dan melawan arus. Mereka berani untuk memilih wakil Demokrat yang bukanlah Parti yang mewakili Bush sebelumnya. Banyak isu yang cuba dipancing McCain pada dasarnya agak sama dengan dasar Bush... iaitu untuk memerangi pengganas. Jika dilihat kepada 'trauma' yang dihadapi rakyat Amerika yang masih mencari2 siapa dalang di sebalik serangan September 11, mood mereka seharusnya menyokong McCain yang secara terang-terangan masih ber'nafsu kerbau' untuk meneruskan dasar Bush yang ingin 'menakluk dunia' dengan bertopengkan 'memerangi keganasan'.
Tapi, kita dapat lihat rakyat Amerika sudah jelak, muak dan meluat dengan slogan 'anti keganasan' yang terus mencetuskan kebencian Dunia kepada Amerika dan pada masa yang sama menaikkan lagi risiko Amerika untuk menjadi sasaran utama para pengganas. Jadi, rakyat Amerika cuba melawan arus dengan memilih Obama yang lebih mementingkan misi untuk memulihkan ekonomi Amerika yang pada masa sama mampu memulihkan ekonomi sejagat. Berbanding dengan McCain...tak habis2 dengan nak perang. Perang...perang...perang... gila ka hapa.
Cuba kita bandingkan dengan mood mengundi di Malaysia. Seharusnya rakyat Malaysia juga perlu terasa impak yang dibawa BN dalam menerajui Malaysia yang lebih banyak merosakkan berbanding kebaikan.... Islam Hadhari / Hagari yang mengelirukan, Rasuah yang berpanjangan, Korupsi pemimpin atasan di mana yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan lebih miskin, Moral anak2 muda yang terus dihanyutkan dengan hedonisme, Jenayah yang semakin berleluasa apabila Islam menjadi kosmetik dan bukannya dasar pemerintahan, Ekonomi negara yang semakin haru-biru, Dasar demi dasar yang bukannya menyebelahi rakyat seperi kenaikan harga minyak secara mendadak tapi tak reti pulak nak turun secara mendadak juga, Akta Gila B*** ISA yang suka hati menangkap rakyat tanpa dibicarakan, Skandal2 yang mengaitkan pemimpin2 utama BN seperti misteri Najib-ALtantunya dan video sex Bekas Menteri Kesihatan... dan sebenarnya bermacam2 lagi kerosakan yang dibawa BN yang sebenarnya telah masak di kalangan rakyat. Tetapi adakah rakyat berani dan mahu berubah? Tiada. Memanglah senario undi di Malaysia baru2 ini banyak beralih kepada Pakatan Rakyat, tapi ia belum memberi impak sepertimana yang berlaku di Amerika. Di Amerika mereka bukan sekadar menafikan majoriti undi kepada Pemerintah, tetapi terus memberikan 'smack down' dan beralih kepada Pemerintahan baru.
Adakah rakyat Malaysia ada T***r untuk berubah seperti mereka?
Keduanya, rakyat Amerika berani berubah dengan memilih orang kulit hitam untuk menjadi Presiden Amerika. Aku cuba analogikan orang kulit putih di Amerika seperti orang Melayu di Malaysia, dan orang kulit hitam seperti orang Cina/India di Malaysia. Analogi ini memanglah bukan 100% tepat, kerana di negara kita mendukung Perlembagaan yang memelihara hak istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.
Cuma, aku ingin membandingkan sikap rakyat Amerika yang ingin berubah tanpa mengira kaum, bangsa dan warna kulit... demi survival negara mereka yang memerlukan seorang Pemimpin yang boleh merubah negara mereka kepada lebih baik. Malah, Parti Demokrat sendiri bukanlah sebuah parti 'bangsa dan kaum', di mana penyokong mereka terdiri daripada orang kulit putih dan kulit hitam. Dan mereka bersatu hati memilih Obama untuk mewakili Parti Demokrat berbanding Hillary Clinton yang berkulit putih.
Berbanding negara kita, alternatif yang ingin dibawa Pakatan Rakyat ialah bukannya ingin melantik Perdana Menteri di kalangan orang Cina/India. Malah, Parti PAS sendiri meletakkan Islam sebagai dasar jika ingin memerintah. Tidakkah ia sejajar dengan Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan? Jadi, kenapa masih beralasan untuk berubah daripada mengundi BN?
Berbanding di Amerika, mereka sanggup berubah sehingga sanggup memilih orang kulit hitam (pertama kali dalam sejarah!) untuk menjadi Presiden mereka... tapi orang Melayu di negara kita yang diberi Alternatif untuk masih memilih orang Melayu dan beragama Islam tetap dengan kedegilan mereka untuk tidak berubah. Sememangnya orang Melayu harus berasa malu...kerana rata2 orang Cina dan India sendiri sudah beralih mengundi orang Melayu/Islam yang mewakili Pakatan Rakyat, tetapi orang2 Melayu kita masih liat untuk berubah walaupun disuruh mengundi parti alternatif di kalangan orang Melayu juga.
|