Apa yang nak dihairankan apabila PAS berbicara tentang Islam? Dah nama pon parti ISLAM, mestilah cerita pasal Islam. Tak kan nak cerita pasal Hindu? Apa kes?
Apa yang nak dihairankan apabila rakyat beragama Islam takut dengan isu dosa dan pahala?
Apa yang nak dihairankan apabila rakyat beragama Islam takut masuk neraka?
Tapi perkara yang lebih hairan ialah apabila orang2 UMNO seperti Calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak takut dengan isu dosa pahala.
Malah teramat2lah hairan bilamana orang2 UMNO seperti Calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, boleh membuat kenyataan bahawa PAS sengaja bangkitkan isu dosa pahala dan syurga neraka bagi menakutkan rakyat.
Kesimpulannya, adakah ia bermaksud orang2 UMNO seperti Calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sudah hilang rasa takut jika berdosa dan jika dimasukkan ke neraka jahanam? Jika itulah kesimpulannya, maka memang tidak boleh dihairankan lagi jika rasuah, salahguna kuasa, korupsi, makan duit rakyat, main betina, skandal, dan lain2 perkara yang berdosa sudah tidak dihairankan lagi oleh orang2 UMNO.
Isu dosa pahala dan syurga neraka sudah dikatakan sebagai isu politik oleh orang2 UMNO seperti Calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Maka, sapa yang bercakap pasal dosa pahala, syurga neraka, maka anda sudah bercakap politik!
Maka dalam masjid dan surau, jika anda bercakap pasal dosa pahala dan syurga neraka, ia adalah dilarang! Itu adalah politik! Ustaz2 kena cerita pasal benda2 lain...seperti "Makanlah buah2an tempatan", "Utamakan filem tempatan", dan "Cucilah parit rumah anda".
Satu lagi fatwa dari UMNO.
Kebajikan dalam Islam adalah hanya dengan membina masjid, hospital, sekolah, jalan raya, dan lebuh raya.
Maka menurut fatwa orang2 UMNO seperti Calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, contohilah Samy Vellu jika nak pahala... bina lebuh raya!
Abis, kita yang tak boleh bina lebuhraya ni tak ada pahala la?? Kira banyak dosa la? WAaaaAAaAAAaaAAAaAA!!!
Amboi Samy Vellu...best la kau...patutla rambut lebat...banyak pahala!
|