Wednesday, December 24, 2008

Wahai DAP, kenapa TRAUMA Dengan Hudud?-Ref Malaysiakini


Apa yang PAS akan rugi? Matlamat PAS sendiri adalah untuk melaksanakan Islam secara keseluruhan jika berjaya memerintah yang merangkumi isu pendidikan, ekonomi...dan termasuk soal perundang-undangan dalam Islam. PAS sendiri dah keluarkan pendirian bahawa PAS sendiri akan keluar daripada Pakatan Rakyat jika Islam dipinggirkan setelah Pakatan berjaya memerintah.

Cuma isunya sekarang adalah 'education'. Bukan saja DAP, malah UMNO sendiri yang slogannya adalah Hidup Melayu cukup fobia dengan Hudud. Kenapa? Kerana masalah education. UMNO telah mengharu-birukan rakyat Malaysia tentang apakah Islam dan PAS berhadapan dengan tugas yang amat berat untuk memulihkan semula mentaliti rakyat tentang Islam. Jadi, tugas utama yang perlu dilakukan adalah dengan 'educate' rakyat tentang susuk tubuh Islam itu sendiri, dan kemudiannya barulah fasa 'implementation' dapat dilakukan. Jika isu education f'ail', maka fasa implementation juga adalah 'fail'.

Malah, PAS sendiri juga adalah teramat-amat tidak cerdik jika bila baru sehari memerintah, maka terus laksanakan hudud....kerana sebelum melaksanakan hudud, soal education kepada rakyat perlu diutamakan dahulu. Bukan India Cina saja yang tak reti pasal hudud...malah org Islam sendiri ramai yang JAHIL tentang Islam...apatah lagi tentang hudud.

Kemudiannya, banyak lagi 'fasa' yang perlu diselusuri sebelum hudud dapat dilaksanakan...termasuk isu perundang-undangan dan kajian yang menyeluruh untuk menjadikannya sesuai dengan sistem di negara kita. Jadi... Karpal, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tak usahlah risau. Hudud bukanlah satu sistem paksaan yang akan merangkumi orang2 bukan Islam. Ia adalah optional untuk orang2 bukan Islam. Jadi apa yang dirisaukan?


Aku teringat kata2 mentor aku dulu iaitu Prof Aziz Bari tentang isu ini. Menurut Prof Aziz Bari, dia tidak bersetuju dengan cadangan Allahyarham Ahmad Ibrahim supaya Malaysia meminda Perlembagaan Malaysia supaya menjadikan Islam adalah agama Persekutuan yang merangkumi semua aspek dalam Islam...termasuk isu perundang-undangan. Menurutnya, Perlembagaan kita dah cantik...dan tidak perlu dipinda lagi. Yang perlu diberi perhatian adalah "anak2" kepada Perlembagaan kita iaitu Akta-akta lain seperti Kanun Keseksaan. Ia adalah bersifat 'boleh-ubah' kerana yang mencipta undang-undang sivil dan jenayah di negara kita adalah manusia...maka manusia juga boleh mengubahnya untuk menyesuaikannya dengan undang2 Yang Maha Esa.

Jadi, isu Malaysia adalah negara Islam atau tidak bukannya isu utama. Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia boleh menentukan sendiri bentuk acuan yang kita inginkan.

DAP memang tak boleh disalahkan jika mereka ingin membantah hudud ini. Cuma, adakah Karpal, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang sendiri dah kaji tentang mendalam di manakah cacat celanya hudud dan qisas itu sebelum ia dibantah? Jika tiada kajian, maka bantahan tersebut tiada 'merit' dan bolehlah di'tong sampah'kan. Tapi jika ada, silalah bincangkannya secara ilmiah bersama2 dengan 'ahli2'nya supaya 'TRAUMA' tentang hudud qisas itu boleh diubati.

Aku pon pelik, awat Karpal cukup 'Trauma' dengan hudud? Hmmm.... Cuba kita belek-belek suratkhabar lama2 kot-kot ada keturunan Karpal yang pernah kena hukuman potong tangan sebab mencuri...hehehe