Thursday, May 07, 2009

Lepas Perak Dirompak, Kini Speaker Pun Dirompak. Selepas Ini?


Sungguh menghairankan.

Apabila Sivakumar enggan turun dari kerusi Speaker, hulubalang2 dari Kerajaan Perompak Perak yang diketuai oleh kepala Perompak (Zambry! Teh Tarik Satuu!) cuba mencadangkan beberapa usul. Antaranya ialah usul untuk memecat Speaker. Anehnya, sidang DUN belum pun berlangsung tetapi usul tersebut terus "diluluskan"

Ganesan pula kelam kabut macam kena kejar dengan Mamak Teh tarik, terus bekejaran untuk tandatangan surat perlantikan, angkat sumpah dan pakai baju Speaker. Cepat betul! Macam kartun!

Apabila Sivakumar mengarahkan Bentara Dewan untuk mengheret keluar kepala Perompak dan kuncu2nya yang telah digantung termasuk Speaker haram itu, Bentara Dewan terus berlagak pekak.

Hairan sungguh.

Kemudiannya, masuklah pula beberapa manusia yang tidak diketahui pucuk pangkalnya siapakah mereka ini, telah mengheret keluar Sivakumar. Anehnya, bukan Bentara Dewan yang membawa keluar Sivakumar, tetapi oleh mereka2 yang kita pun tak tahu siapa mereka ini. Nampaknya, Dewan DUN dan yang merupakan salah satu simbol kepada institusi Eksekutif kini tidak lagi kebal dan sesiapa saja boleh masuk campur. Menakutkan!

Sehingga kini, tidak dikhabarkan ke mana Sivakumar dibawa pergi.

Hairan sungguh.

Benak betul Perompak2 BN ini. Sungguh angkuh dan tamak. Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat merangkap Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam; Tun Mahathir, sendiri mengaku bahawa UMNO terlalu gopoh gapah dalam soal politik di Perak hinggakan banyak "kesilapan" yang dibuat. Apakah "kesilapan" yang diakui oleh Tun Mahathir itu... hanya Tun sendiri yang boleh tafsirkannya. Jadi, adakah dalam soal sidang DUN hari ini juga termasuk dalam salah satu perangai gopoh gapah UMNO yang dimaksudkan Tun?

Hairan sungguh.