Sunday, May 10, 2009

UMNO Rampas Perak:Zambry Memalukan Mamak Seluruh Dunia

Belum pernah ada dalam sejarah di mana seorang Speaker Dewan diseret keluar dan disembunyikan dalam stor demi melengkapkan usaha untuk merompak sebuah Kerajaan.


Tetapi ia berjaya dilaksanakan oleh seorang Mamak bernama Zambry.

Hebat sungguh Zambry beraksi... macam Hero Tamil

Belum pernah ada dalam sejarah usul2 diluluskan dalam keadaan sidang DUN belum pun bermula.


Tetapi ia berjaya diluluskan dek penangan seorang Mamak bernama Zambry.

Belum pernah ada dalam sejarah Bentara Dewan tidak mengikut arahan Speaker... yang berkali2 mengarahkan mereka menghalau MB Haram dan konco2nya yang telah diSAHkan digantung... Tetapi boleh pulak Bentara Dewan tu ikut arahan Speaker Haram untuk menghalau Speaker yang sedia ada... yang dilantik oleh seorang MB Haram.

Semua itu berjaya direncanakan dan dilaksanakan oleh seorang Mamak bernama Zambry.

Luas sungguh imaginasi Zambry. Besar sungguh nafsu Zambry. Perancangan2 tersebut diolah seakan-akan satu skrip lengkap seperti Filem Tamil atau Hindustan terkenal dan Zambry lah yang menjadi aktor utama dalam filem ini.

Dalam filem Tamil dan Hindustan, semua benda yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Seorang Hero Tamil dan Hindustan boleh mengalahkan penjahat2 yang berpuluh2 orang tanpa ada sebarang senjata seorang diri... hebat kan?

Apa nak dihairankan, dalam drama atau filem semua benda boleh dibuat. Walaupun nampak tak logik, tapi benda yang tak logik itulah yang mengangkat sesebuah drama dan filem menjadi terkenal dan pujaan ramai.

Mungkin itu yang cuba dilakukan oleh Zambry. Walaupun mustahil dan haram di sisi undang-undang dan perlembagaan, rompakan kuasa tetap berjaya dilaksanakan. Bak seorang hero Tamil, yang mustahil itulah yang suka dilakukan... barulah layak dinamakan Hero Tamil.


Zambry dan idolanya

Walaupun beribu2 rakyat menyatakan bantahan dan ramai juga yang ditangkap, Zambry enggan mengalah. Lagi ramai yang menyatakan bantahan dan lagi ramai rakyat yang baring atas jalan, maka lebih menyemaraklah semangat Hero Tamil dalam dirinya. Sedangkan Hero Tamil dalam filem boleh mengalahkan ramai orang seorang diri, ini kan pula rakyat biasa.

Suka sungguh Zambry meraikan kejayaan dengan kalungan bunga
setelah berjaya merompak kerajaan Perak


Namun Zambry, drama Tamil yang engkau cuba karangkan itu tidaklah sehebat mana. Dalam Filem, Hero Tamil boleh mengalahkan sesiapa sahaja tanpa bantuan sesiapa pun. Tapi dalam Drama Tamil versi merompak Perak ini, kau tak beraksi seorang diri. Sungguh tak aci.

Ramai musuh2 engkau ditangkap Polis hingga dalam Dewan DUN pon engkau dibantu Polis untuk mengheret keluar Speaker dan disorok pula dalam Stor. Apa barrangg????

Cukuplah Zambry... hentikanlah Drama Tamil ini... kerana ramai Mamak2 di luar sana yang dah mula malu untuk mengaku kau sebagai sedara.