Dalam entri sebelum ini, saya ada memetik kenyataan Muhyiddin Yasin yang bersungguh-sungguh cuba meyakinkan rakyat bahawa BN/UMNO tidak akan berbohong...hatta dalam kes sumbang/jenayah Rohaizat.
Hari ini, ex-patner Rohaizat iaitu Yusri Isahak telah membuat kejutan melalui kenyataan medianya dengan menafikan bahawa Rohaizat itu bersih dan suci seperti yang digula-gulakan oleh BN/UMNO
Sungguh kasihan rakyat di Permatang Pasir. Murah sungguh maruah rakyat di Permatang Pasir hinggakan cuba dikelabui mata mereka dengan seorang pemimpin yang telah disabitkan dengan perlakuan mirip kepada jenayah.
Kini, BN/UMNO sungguh terkial-kial untuk membersihkan calitan najis-najis yang tercalit di tubuh badan calon mereka tersebut. Hinggakan Komandan Zahid Hamidi serta Komandan Muhyiddin Yassin berbuih-buih menghalalkan perlakuan mirip kepada jenayah calon mereka itu.
Anehnya, Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin pula menyelar pihak-pihak yang membongkar perlakuan yang mirip kepada jenayah calon mereka itu kononnya ia adalah fitnah. Jika benar ia adalah fitnah, kenapa tidak disaman Ragunath Kesavan (Presiden BAR Council) itu? Oh ya, manakan mungkin mereka ingin menyaman pembongkar perlakuan yang mirip kepada jenayah itu sedangkan Najib sendiri tidak berani hendak menyaman media-media asing yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantunya.
Jadi, jika Zahid dan Muhyiddin telah mengambil "contoh" Ketua mereka itu untuk tidak menyaman Ragunath Kesavan, kenapa tidak mereka beralih kepada method yang lain yang lebih menarik di mana method ini lebih canggih dan telah dilaksanakan oleh Najib sebelum ini bagi membersihkan najis Altantunya dari tubuhnya... iaitu dengan bersumpah di masjid! Kenapa tidak... kerana masjid kini sudah menjadi Mahkamah kedua oleh BN/UMNO. Sumpah saja terus buang kes!
Kini, pihak media tidak lagi perlu pening-pening untuk menantikan apakah jawapan Zahid dan Muhyiddin atas kenyataan Yusri Isahak ex-patner Rohaizat itu... kerana media-media semua hanya perlu ke Masjid-masjid berdekatan Permatang Pasir untuk menantikan sumpah-sumpah terbaru dari pemimpin-pemimpin BN/UMNO bagi membersihkan najis-najis jenayah mereka.
Apa lagi.. Jom ke masjid!!!

Terdesak sangatkah rakyat di Permatang Pasir itu... hingga disogokkan dengan jenayah rasuah berupa "pembangunan" oleh BN/UMNO hinggakan pemimpin yang dipertaruhkan oleh BN/UMNO juga telah disabitkan dengan perlakuan mirip kepada jenayah?

|