"Pengundi di Permatang Pasir diingatkan jangan mengulangi kesilapan penduduk Manek Urai apabila memilih calon Pas pada pilhan raya kecil dun itu bulan lalu.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata pengundi perlu menggunakan sepenuhnya tawaran Kerajaan Pusat untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas JIKA calon Barisan Nasional menang"
-berita harian 15 Ogos 2009.
BN berterusan menyerlahkan "keikhlasan" mereka kepada rakyat Malaysia. BN hanya ikhlas membantu jika mereka menang. Kalau BN kalah, mereka dengan ikhlas juga tak akan membantu rakyat. Inilah yang didefinisikan oleh slogan Najib... Rakyat Didahulukan! (kalau BN menang la).
Timbalan Perdana berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.
"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong.
Saya berpendapat dalam situasi selepas sahaja pilihan raya kecil Manik Urai dan langkah-langkah yang ambil oleh Perdana Menteri untuk pembaharuan dan perubahan kepada negara, angin ini sudah mula meniup dan saya kira sampai ke Permatang Pasir," katanya.
-berita harian 15 Ogos 2009.
Ya, BN tak akan berbohong. Malah, kejujuran BN itu telah terserlah di PRK Manek Urai baru-baru ini apabila jambatan serta prasarana yang dijanjikan BN terus hilang dan hanyut ditelan oleh laungan kejujuran Muhyiddin Yasin. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang masih belum kenal dengan definisi janji pilihanraya, maka anda tidak perlu risau.. kerana janji-janji pilihanraya itu akan kembali membuai perasaan anda di Permatang Pasir.
Jika di Manek Urai janji pilihanraya BN adalah untuk membuat jambatan, apakah pula janji pilihanraya Muhyiddin kepada mangsa-mangsa di Permatang Pasir.
Pelik sungguh. Bagaimana mungkin suatu Parti Politik yang MEMERINTAH SATU NEGARA teramat-amat perlukan kemenangan di satu bahagian yang amat kecil dan lebih kecil dari satu negeri untuk melaksanakan janji-janji mereka? Miskin sangatkah pemerintah di negara kita ini hinggakan nak bina satu jambatan pon kena tunggu menang di satu bahagian yang kecil yang dinamakan Manek Urai itu dulu baru boleh buat?
Jadi, kepada pengundi Permatang Pasir pula...janganlah risau. Laungan kejujuran dan keikhlasan BN akan bertiup dan bergema di tempat anda pula dan pasti akan terus lenyap jika BN kalah buat kesekian kalinya.

|