Wednesday, July 29, 2009

Nik Aziz vs Muhyiddin Yassin: TPM Pendek Akal

Umum mengetahui betapa Kerajaan Persekutuan sememangnya memegang aset dan kekayaan negara yang tidak terkira banyaknya. Malah, kuasa Kerajaan Persekutuan melebihi negeri-negeri di Malaysia.

Jadi, UMNO/BN sebenarnya tidaklah terjejas sangat bila mana banyak negeri-negeri di Semenanjung tumbang satu persatu ke tangan Pakatan Rakyat. Cuma, BN/UMNO nak terkesan pon hanyalah dari segi "jumlah" kekayaan tersebut yang menyusut sedikit jika nak dibandingkan apabila memegang tampuk pemerintahan negeri-negeri...seperti Selangor; yang mana kekayaan negeri Selangor dikatakan melebihi kekayaan Persekutuan. (Jika tak, tak kanlah si Toyo tu boleh ada banglo yang bernilai berjuta juta juta juta).

Maka, apa yang kalut sangat BN/UMNO tu sampai nak rampas dan rompak negeri2 PR? Kata dah berkuasa dan kaya, jadi apa yg nak dikisahkan sgt? Biar saja lah. Persekutuan dah pegang, jadi apa yang nak dikacaukan sgt dgn negeri-negei PR tu semua?

Sebenarnya, tindakan dan kerakusan BN/UMNO utk merompak secara berterusan negeri2 PR tidak lain dan tidak bukan hanyalah demi political mileage. Walaupun BN/UMNO menang di Parlimen, tetapi imej BN/UMNO terjejas dan dilacurkan dengan amat teruk apabila negeri2 di Semenanjung tumbang satu persatu. BN/UMNO sedar bahawa kekalahan di negeri2 umpama permainan Domino...yang akhirnya akan menyebabkan BN/UMNO kalah di Parlimen/Persekutuan.

Kita boleh lihat permainan BN/UMNO dalam PRK-PRK terdahulu. Pelbagai taktik digunakan untuk "cover line" kepada rakyat bagi menyembunyikan betapa imej dan pengaruh BN/UMNO sudah dilacurkan dengan amat teruk. Antara taktik yang digunakan adalah dengan merompak kerajaan negeri Perak, "membeli" Adun2 utk melompat parti supaya dan tidak masuk PRK Penanti dengan alasan kononnya "membazir". Semua taktik yang digunakan itu tidak menjadi dan gagal untuk meracuni rakyat supaya kembali kepada BN/UMNO, malah imej BN/UMNO berterusan menjunam teruk umpama terkena Selesema Babi.

Sebab itulah, BN/UMNO terdesak untuk menang di Manek Urai dan menggunakan keseluruhan wang dan jentera untuk menang bagi mengelakkan imej mereka terus di (Selesema) Babi-kan. Pelbagai bentuk rasuah diberikan dan ditawarkan hinggakan Manek Urai hampir jatuh ke tangan BN/UMNO...tetapi tetap gagal.

Kini, anda boleh lihat permainan BN/UMNO yang tak habis2 memutar alam dengan kenyataan2 pemimpin2 PR terus menerus dimanipulasikan. Anda boleh lihat bagaimana UMNO teramat2 terdesak dgn mengatakan PAS sedia utk bekerjasama dengan mereka melalui Kerajaan Perpaduan dan yang terkini adalah "perpaduan politik" di Kelantan.

TGNA sebagai MB Kelantan sedar bahawa tanpa bantuan Persekutuan, negeri Kelantan akan terus menerus di-anak-tirikan daripada pembangunan. TGNA sedar "sogokan" pembangunan oleh BN/UMNO kepada rakyat Kelantan sedikit sebanyak akan menyebabkan sokongan rakyat akan beralih arah kepada BN/UMNO. Buktinya adalah di Manek Urai apabila rakyat Manek Urai "cair" apabila dimomokkan dengan pembangunan. Baru sebut nak buat jambatan, majoriti undi dah merosot dgn mendadak. Itu belum buat lagi tu. Kalau dah betul2 buat..entahlah. Itu belum lagi janji nak buat Disneyland ke, Airport ke...

Jadi, TGNA pon buatlah kenyataan yang secara ringkasnya mengharapkan bantuan daripada Persekutuan dan sanggup melupakan sengeketa lama. Tapi si Muhyiddin Yasin tu pulak seperti biasa memutar alam dan mengatakan PAS nak berkerjasama dgn UMNO. Wah wah wah... si Muhyiddin ni sekolah mana dulu?

Muhyiddin menunjukkan cara memutar alam

TGNA pon tentulah menafikan sekeras-kerasnya. Sapa pulak yang kata PAS nak kerjasama dgn UMNO?? Orang kata kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat...bukan PAS dan UMNO. Ada beza tu.

Kemudian Muhyidin pulak yang kata TGNA putar belit. Malah, Muhyiddin kata kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat WAJIB disekalikan dengan POLITIK. Pendek kata, tanpa kerjasama Politik antara PAS dan UMNO..maka tiada pembangunan di Kelantan!

Nampak tak? Sekarang siapa yang ikhlas dan siapa yang kepala dongga? Kenyataan Muhyiddin itu pendek kata bolehlah ditafsirkan sebagai suatu ugutan bahawa jika PAS tak nak masuk BN, maka TIADA PEMBANGUNAN di Kelantan.

Muhyiddin setia menunggu PAS masuk BN/UMNO

Orang Manek Urai yang undi UMNO baru2 ni kalau tak nampak jugak tak tahu lah. Jangan duk asyik seronok dengan Jambatan saja Pakcik Makcik oi...