Saturday, September 26, 2009

Raya 1 Malaysia

Raya tahun ini ramai yang menantikan "berita-berita" menarik daripada kerajaan 1 Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat sedikit sebanyak.


Mula-mula Muhyiddin Yassin buat surprise umumkan cuti sekolah hari jumaat iaitu 2 hari sebelum raya. Nak kata tu berita baik pon susah nak cakap... sebab ramai yang jadi kelam kabut lepas pengumuman cuti sekolah tu. Kepada yang tak ada plan nak balik kampung awal, terus kelam kabut balik kampung hari khamis tu jugak. Akibatnya? Habis jem 1 Malaysia. Bijak sungguh kan? Rasanya orang2 UMNO ni memang suka buat surprise kot. Masa pengumuman naik harga minyak dulu pon surprise dan tiba-tiba saja. Habis jem 1 Malaysia nak isi minyak sebelum menjelang 12 tengah malam.

Jadi, boleh dikatakan keseluruhan kakitangan kerajaan juga menunggu surprise seterusnya daripada kerajaan 1 Malaysia... iaitu berupa bonus tahunan. Tunggu punya lah tunggu, berita bonus "team formula 1 Malaysia" pulak dah yang diumumkan. Memang surprise sungguh! Tak kiralah apa alasan sekalipun dari segi pulangan yang boleh diperolehi daripada team formula 1 Malaysia tu, sebab memang tak dinafikan manfaatnya kepada ekonomi negara. Tapi kan lebih molek kiranya jika berita itu diiringi oleh berita bonus kepada kakitangan awam. Walaupun saya bukannya kakitangan awam, tapi saya memahami bagaimana perasaan mereka ini yang paling tidak memang terkesan dari segi kewangan bila tiba musim perayaan ni. Nak berjimat? Nak berjimat menda bila harga semua barang asasi pon naik. Minyak naik. Tol naik. Gula habis @ naik. Barang2 runcit naik. Jadi nak berjimat apa lagi? Nak balik kampung isi kereta dengan apa kalau bukan minyak? Nak isi dengan air parit?

Kepada kakitangan awam yang bergaji rendah pulak diberikan "bonus" RM500, tapi itu pon diberikan secara berperingkat 2 kali. Bila dah dibahagi dua, jadilah RM250. RM250 tu saja dah habis dekat minyak dengan tol. Bonus menda gitu?

Inilah dia kerajaan 1 Malaysia. Rakyat didahulukan. Memang didahulukan sungguh... di litar Sepang F1. Jadi Pak cik Makcik lepas ni jangan risau ye, kalau lapar sangat nanti datanglah litar Sepang kita pakat2 makan kereta Formula 1 Malaysia tu. Sorang ambik stereng kereta buat masak merah atau kicap mengikut citarasa masing2, sorang ambik besi buat masak tempoyak, pastu yang lain tu cerai2 lah enjin kereta tu buat ulam cecah sambal belacan. Goreng pon sodap! Oh ya, tayar kereta tu boleh buat bakar BBQ tu... takyah pening2 nak cari arang, sebab terus boleh bakar dan siap boleh dimakan... asap pon banyak tu.

Cuba bayangkan benda alah ni dibuat masak lomak cili api. Perghhh...

Anyway terima kasih kepada semua yang wish selamat hari raya sama ada through sms, facebook dll. Sorry la kalau ada yang tak terbalas, sebab memang tak disengajakan. Banyak sangat "projek" raya kali ni. Masa puasa pon busy, raya pon busy. Bukan takat nak update blog, nak jenguk blog sendiri pon tak kesampaian huhuhu. Terima kasih sekali lagi diucapkan, dan selamat hari raya maaf zahir batin.