Pagi ni dalam rancangan Malaysia Hari ini, ada sedutan pendapat dari beberapa rakyat Malaysia bagi menyatakan harapan terhadap Bajet 2010 yang akan dibentangkan kelak.
Jadi, ramailah yang bagi pendapat. Pengedar kereta berharap harga kereta akan turun. Pengetua sekolah berharap bajet untuk sekolah-sekolah dikekalkan. Jururawat berhasrat bajet untuk sektor kesihatan dipertingkatkan. Biasalah tu.
Kemudian ada pendapat seorang pegawai masjid Kota Damansara ni pulak berharap agar kerajaan meningkatkan bantuan kepada masjid. Ok. Tak ada apa-apa yang janggal di situ. Biasalah. Cuma, yang terkejutnya (bagi saya lah) ialah ulasan pegawai masjid itu untuk menyokong hujahnya kenapa bajet kepada masjid perlu dipertingkatkan.
Hujah pegawai masjid itu ialah, perbelanjaan masjid Kota Damansara tu untuk "berkhidmat" kepada masyarakat cukup tinggi... di mana perbelanjaan untuk KULIAH setiap bulan ialah RM21,000.00 (Dua puluh satu ribu ringgit)!
Ya... RM21,000.00 untuk KULIAH SAHAJA selama SEBULAN.
Saya tak pasti apa pandangan anda semua. Tapi pada pandangan saya secara peribadi, jumlah Rm21,000.00 itu TERAMAT TINGGI.
Bila saya bahagi kepada 31 hari (jika bulan itu ada 31 hari, dan JIKA tiap-tiap hari untuk bulan itu ada Kuliah), maka ia bersamaan RM677.00 sehari!
Jika ia dinamakan kos untuk Kuliah, maka saya percaya kos tersebut bermaksud kos untuk menampung upah/sedekah/elaun/gaji kepada pemberi Kuliah dan sedikit jamuan ringan. Kalau jamuan ringan (hatta berat sekalipun), saya percaya kos untuk memberi makan kepada pemberi Kuliah itu takkan lah mencecah RM100.00? Busuk-busuk nasi beriani lauk kambing pon RM10.00-RM20.00 satu kepala (itu pon mahal bangat lah tu). Jadi, adalah mustahil kos untuk jamuan terlalu tinggi.
Jadi, adakah perbelanjaan yang tinggi tersebut adalah bagi menampung upah/sedekah/elaun/gaji kepada pemberi kuliah? Kalau ditolak kos jamuan Rm100.00 tadi, adakah ia bermaksud RM500-Rm600 diberi kepada pemberi Kuliah?
Jika inilah hujah pegawai masjid itu untuk memohon ditingkatkan bajet kepada masjid-masjid, maka saya kira lebih baik tiada langsung bajet baru diperuntukkan kepada masjid-masjid ini.
Saya bukanlah anti kuliah, tetapi saya percaya lebih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilaksanakan oleh masjid-masjid untuk kebaikan masyarakat sekeliling dengan menggunakan kos RM21,000.00 sebulan itu tadi.
Realitinya, saya pernah ke Masjid di ibukota yang boleh memuatkan ribuan jemaah, namun yang menghadiri Kuliah mereka hanyalah dalam 5 ORANG sahaja. Lebih menghairankan, pembesar suara digunakan semaksima mungkin umpama yang hadir Kuliah itu adalah 10000 orang. Tak kah pelik dan kurang cerdik namanya? Bukan sahaja membazir, malah ia tidak efektif langsung.
Jika merujuk kepada kos kehidupan masyarakat kini, rata-rata barang asasi naik mendadak dan membebankan masyarakat. Ramai orang Islam yang sebenarnya amat-amat memerlukan bantuan dari segi kewangan dan sebagainya bagi menampung kos kehidupan harian. Tidakkah lebih molek jika sebahagian besar dari kos Rm21,000.00 itu disalurkan terus kepada masyarakat untuk manfaat secara langsung? Tidakkan masjid itu sendiri adalah nukleus dan nadi kepada orang Islam keseluruhannya.
Memang benarlah kata-kata orang yang mempertikaikan fungsi masjid kepada masyarakat. Apabila disebut tentang fungsi masjid, maka skopnya disempitkan kepada tempat Solat dan Kuliah semata-mata. Apabila kempen mengimarahkan Masjid dilakukan, maka lambakan program yang ada adalah Kuliah itu dan Kuliah ini. Apabila program-program Kuliah dilambakkan, maka Masjid tersebut akan dinobatkan sebagai masjid yang paling cemerlang dalam mengimarahkan masjid.
Di mana peranan Masjid kepada remaja? Di mana peranan Masjid kepada orang-orang miskin? Di mana peranan Masjid kepada ekonomi orang Islam?
Apabila soalan-soalan di atas diajukan, maka akan lahirlah Kuliah-kuliah yang bertajuk "Remaja Islam", "Mari Menderma" dan "Ekonomi Islam". Adakah masalah-masalah tadi dapat diselesaikan dengan menganjurkan Kuliah-kuliah yang bernilai RM21,000.00 sebulan?
Inilah puncanya orang-orang Islam makin mundur dan tertindas. Wang yang berjuta di dalam akaun disimpan dan diperap untuk memperbanyakkan dana masjid tanpa digunakan selayaknya!
Seharusnya, masjid seperti di Kota Damansara tersebut perlu membuka kaunter zakat/derma kepada orang awam, anjurkan kelas Tuisyen secara percuma untuk anak-anak sekolah, edarkan makanan percuma kepada orang-orang miskin, biayai persekolahan anak orang-orang miskin, biayai pembelian buku-buku teks, biayai modal berniaga untuk orang-orang Islam dan bermacam-macam lagi perkara bermanfaat dan memberi kesan langsung kepada masyarakat. Jika Rm21,000.00 sebulan itu disalurkan kepada perkara-perkara bermanfaat itu tadi, saya percaya ramai orang akan lebih dekat dengan Masjid dan secara tidak langsung mendekatkan diri masyarakat kepada Islam. Siapa yang untung?
Jika kita lihat kepada tabiat orang Cina, mereka tidak lokek dalam membelanjakan wang mereka kepada sekolah-sekolah Cina demi masa depan anak-anak Cina. Maka tidak hairanlah orang Cina yang kaya makin kaya dan yang miskin makin kaya.
Kita orang Islam rata-rata masih miskin, tetapi yang kaya adalah tabung masjid. Orang Islam yang miskin pon tak lokek menderma kepada masjid, tapi banyak masjid yang cukup lokek untuk turun mendekati dan membantu orang-orang Islam yang miskin. Lagu mana tu?
Kemudian wang derma masjid digunakan pula untuk membeli lampu yang canggih dan besar macam kapal terbang. Kemudian habis duit pula lagi untuk bayar kos elektrik lampu-lampu itu semua. Bijak bukan?

|